02 May 2013

Resepi Puding Blueberry

Assalamualaikum !

Kita suka sangat makan puding. Sanggup tau belajar sampai jadi gak kita buat pudding . Tapi Alhamdulillah semua yang kita buat jadi dan sedap di makan . hahaha..angkatbakulsendiriyeryana. Meh hari ini yana ajar macam mana nak buat puding blueberry sesedap yang yana buat. hahahaha

ini puding yang yana buat

Bahan :

Agar-agar stripes ( yana beli yang harga RM2 . kalau yang banyak sikit bahagi je 2)
1 tin susu cair
8 sudu gula 
Daun pandan
Filling blueberry
2 cawan air
2 sudu tepung kastad

Caranya :

1) Didihkan 2 cawan air bersama agar-agar stripes dan gula . Kalau ada daun pandan letak je sekali dan kacau dengan api yang perlahan.
2) Kalau nak sedap tambah mentega satu sudu
3) Bila agar-agar dah larut tambah satu tin susu cair. 
4) Lepas tu tambah 2 sudu tepung kastad dan kacau kasi pekat sikit. 
5) Kalu dah rasa pekat sikit boleh angkat dan masukkan dalam loyang. Selalunya yana akan tapis dulu sebab tak suka dia punya lebihan tu. 
6) Sejukkan dulu puding tu dulu. Dah rasa keras sikit boleh letak filling blueberry . Lepas tu masukkan dalam peti sejuk. 

Dapat makan puding yang sejuk lepas balik sekolah memang terbaik la. Di tambah lagi dengan milo ais. Argghhh!! bestnya. 
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

4 suka ayam goreng:

Puteri Diyana said...

wahhh..nice sharing kakk..heee
jap.nk tnye.filling tu nk dpt kat mne eh?

El Yana said...

@Puteri Diyana bli je kat kedai kek . guna jem blueberry pun boleh

Cik Mun said...

sedapnyee.

kemey said...

tolong buatkan bole x hehehe..

>
 
copyright by > Cikelyana