09 January 2014

DIY Guestbook

Assalamualaikum !

Bahagian ni paling lambat yana prepare. Bayangkan nak buat buku tu pun malas sebab nak cari kedai yang print muka depan tu sangat la susah. Yana tak tahu mana nak print dan last sekali yana dah fed up nak buat guestbook ni. Tapi last sekali buat jugak. hahaha.

Untuk bahagian background yana amik tema dari photobooth yana. Malas nak fikir nak cari tema macam mana. Yang penting simple dan orang pun nampak.

gambaran keseluruhan untuk meja guestbook yana

simple sahaja okeh !

Bagi bahagian buku pulak yana print bahagian dalam tu dekat sini . Dekat blog tu dia bagi korang freebies untuk buat guestbook sendiri. Korang tukar la nama dengan tarikh tu sendiri lepas tu print je. Jangan membazir dakwat printer korang just pergi je photostat banyak-banyak lepas tu ring kan dengan ring jenis dawai tu. 

Bahagian depan yana sebanarnya dah design dengan photoshop lepas tu tinggal nak print atas kertas yang setebal-tebalnya tapi tak tahu nak print mana . Last sekali yana potong je kadbod hitam tu dengan saiz A4 dan yana buat origami baju pengantin lelaki dan pompuan. 


bahagian depan guestbook

bahagian dalam

Papan yang macam blackbord dekat sekolah tu yana beli dekat MR DIY temerloh. Harga pun dah lupa tapi dalam RM15 rasanya. Pen boleh beli dekat kedai Zon Ria range dalam RM5. Tak perlu nak beli pen yang mahal-mahal sebab kita nak sekejap je. Photo pun guna yang sedia ada je. Letak je kat atas meja guestbook tu. Hopefully dapat bagi inspirasi untuk korang semua. 

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

0 suka ayam goreng:

>
 
copyright by > Cikelyana