Suka betol hapdate pasal resepi-resepi ni time bulan puasa you all. kahkahkah. Kalau zaman belajar dulu pergi library semata-mata nak baca buku resepi sambil tengok gambar yang super duper sedap time bulan puasa. huhuhu . Ye la nak makan tak boleh so tengok buku resepi la pastu berangan nak jadi masterchef yang handal boleh masak macam-macam. huhuhu. lagi kuat berangan .
Hari ni nak share resepi kegemaran family yana tak kira puasa ke raya ke main bedal je diorang ni. Family yana ni memang suka sangat kalau buat pastu letak dalam peti tak sampai petang dah habis. Ini dia resepi puding roti sos kastad yang paling mudah dalam dunia. kahkahkah.
Bahan-bahan
Puding Roti
10 keping roti (tak nak membazir yana guna satu roti kecil gardenia)
3 biji telur
3 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
1/2 susu full cream (saiz besar)
1 kotak kecil whipping cream
1 kotak kismis
Marjerin
Sos Kastad
1 tin susu cair
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya
1) Korang potong bahagian tepi roti gardenia tadi dan celet dengan marjerin depan dan belakang roti. Lepas tu susun dalam loyang.
2) Dalam bekas lain korang pecahkan telur satu persatu dan pukul sampai kembang. Masukkan gula, esen vanilla dan tepung jagung. Dah sebati campurkan dengan 1/2 susu full cream dan kacau lagi. Lepas tu tambah satu kotak whipping cream dan kacau bagi sebati. ( tak guna whipping cream pun tak apa sebab tak rasa muak sangat). Lepas tu jirus atas loyang roti tadi.
3) Panaskan oven dahulu dan bakar pada suhu 180'C dalam 30 minit. Kena tengok-tengok gak takut hangit sebelah tepi. Kismis yana tabur dalam 15 minit kemudian sebab takut kismis hangit nanti kalau letak awal.
4) Sementara menunggu tu boleh buat sos kastad. Guna api yang kecil, letak kuali dan masukkan susu tin cair, gula, tepung kastad dan esen vanilla. Kacau sehingga sos jadi pekat dan shining sikit. Jangan guna api besar nanti kastad berketul. Dah masak bahgian roti boleh curahkan sos atas puding tadi.
5) Dah masak tu sejukkan dahulu baru masuk dalam peti ais. Lepas tu boleh ngap.
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka
0 suka ayam goreng:
Post a Comment