21 October 2016

Lavender Garden Cameron Highlands


Assalamualaikum !

Bersambung lagi kisah Cameron Highlands di bulan puasa . miahaha. Semua tempat dah pernah pergi tapi satu je belum iaitu Lavender Garden. Must go okeh kalau tak rasa rugi sebab tempat dia memang cantik. Tempat ni korang kena naik atas lagi dari Kea Farm. Jauh juga la perjalanannya sebab jalan dia macam ular kena palu. perupamaan je la . 

thaqif memang perosak gambar . hahaha

Dah sampai nak park keta memang susah. Kena tunggu orang keluar baru dapat parking. Ini baru bulan puasa kalau hujung minggu maunya berjam-jam menunggu. Nak masuk kena bayar okeh. Dewasa RM8 dan kanak2 RM5. 

sebelum masuk sila bayar

Jangan lupa bawak monopod senang nak bergambar. Macam I ni selfie sendiri je la . Encik B bukan sporting pun kalau bab ambil gambar, Thaqif pulak meragam nak tido time ni. hurmmm. 

 ni baru permulaaan

 apa motif kereta ni di sini . huhuhu 

gambar dia je la penuh nanti

 tak payah pergi korea kat sini pun ada

 Thaqif jumpa kawan-kawan dia

 boleh feeling dilwale

 bawa camera dlsr lagi lawa ni

budak bad mood hari ni

 kalau penat tak payah naik la

 sibuk pulak orang belakang tu

 sorang dah terkeluar dari kumpulan ni

kincir air

lavender shop

Kat dalam ni pun ada tempat makan-makan kalau rasa lapar memanjat boleh singgah beli makanan tapi bukan percuma la. huhuhu. Kalau rasa nak amik gambar photoshoot kawen ke tunang ke boleh la feeling duk oversea gitu. Ada je I tengok kat sini . huhu. Ok selamat bercuti. 

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

20 October 2016

Copthorne Hotel, Cameron Highlands


Assalamualaikum !

Kali ni trip berjalan lagi ke Cameron Highlands. I ni suka berjalan waktu bulan puasa. Pergi waktu ni tak ramai orang dan tak sesak . Nak beli buah strawberry pun murah tau. Strawberry dalam 4 bekas besar boleh dapat RM20. Murah kenss. So you all pergi hujung minggu atau cuti sekolah memang tak dapat la kenss. Di tambah lagi dengan jem yang teruk tak ingin nak pergi lebih-lebih lagi cuti sekolah. Memanjang je jem kat sana nanti. huhuhu. 

 mercu tanda hotel copthorne

depan hotel banyak bunga cantik2

Hotel untuk kali ni I pilih Copthorne Hotel . Kenapa pilih yang ni sebab I beli dekat Groupon dapat harga RM173 dan less lagi I dapat RM153. Tapi beli yang ni tak termasuk breakfast sebab bulan puasa I ambil buffet ramadhan RM35 per person. Masa check-in pulak hujung minggu surcharge RM30 per room plus RM100 untuk deposit. Hotel ni atas sikit je dari Kea Farm. 

Bilik dia sangat luas, bersih dan ada beranda dekat luar . Kalau nak layan angin cameron memang sejuk la. Thaqif pulak siap main kejar-kejar dalam bilik. Bilik air pun luas, bersih dan ada bathtub. Kalau mandi ni memang menggigil la. 

lobby hotel

katil single memang besar

toilet bersih

lengkap dengan toiletries

bathtub yang bersih

nak buat air pun boleh

tv lcd 

 banyak kerusi betol la

kalau nak amik angin luar pun boleh 

Masa berbuka tu kitorang tempah ngan pihak hotel je. Malas nak makan kat luar. Encik B pulak nak belanja best friend dia berbuka kat sini. Seorang RM35 dan boleh makan puas-puas sampai buncit perut pun boleh . Ada dua cafe kat dalam hotel ni. Satu Coffee Shop dan satu lagi 18 Celsius Cafe.

 kitorang berbuka di sini

 Thaqif bawa makanan sendiri

my panda boy tak boleh duduk lama dalam baby chair

I bagi 4 bintang untuk hotel. Memang best. Wifi pun laju dan makanan kat Coffee Shop memang banyak pilihan plus memang sedap. Layanan pekerja hotel pun terbaik. Senyum je sepanjang masa. Kalau rasa nak book hotel ni boleh la jenguk-jenguk dekat web Copthorne Hotel Cameron Highlands. K baiii. 
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka
>
 
copyright by > Cikelyana