Dah sampai hari ketiga rasa letih pula nak menghabiskan cerita ke Krabi. miahahaha. Hari ketiga kitorang sebenarnya nak pergi phuket tapi encik agent cakap kena tido kat sana satu malam pastu besok baru balik. Alamak melepas tau nak pergi phuket sebabnya kitorang punya fligt keesokan paginya. huhuhu . Tak pe la so kitorang cadang ambik pakej jungle tour.
menunggu encik agent datang ambil
Macam biasa encik agent akan ambil kitorang kat depan hotel. Kitorang naik alphard wei. hahaha. Kat sini keta luar negara tu biasa je bagi penduduk krabi. Bayangkan teksi pun tu naik honda civic. Gilos betol. Rasa macam mewah pulak tapi minyak kat sini mahal tau.
Perjalanan dia memang panjang. 1 jam rasanya. Yana siap tido lagi dalam alphard ni wei. Pelancong yang naik ngan kitorang adalah dari China ngan orang puteh (tak sempat berkenalan). Destinasi pertama adalah Hot Spring Waterfall. Kolam dia kecil je. Ada dua tempat . Satu kat atas sana tu dan satu lagi dekat kolam bawah. Sebelum naik kereta En. B beli coffe dengan harga 30 baht
harus bergambar walaupun tak mandi dekat sini
nak jugak posing
kecik je kolam air panas dia
omputeh selamba badak je mandi
yang kolam yang satu lagi. nak santai sambil rendam kaki ok gak
Destinasi kedua adalah Emerald Pool. Jalan nak masuk ke kolam dia memang sangat jauh. Korang kena kerah keringat dulu sebelum sampai ke kolam. Berpeluh juga nak sampai ke sana. Air dia memang sangat mengujakan. Cantik dan memang teruja gila kalau tengok kolam ni
pintu masuk harus ada gajah
kolam emerald pool
nampak je macam tu tapi dalam gak. hati-hati kat sini memang licin
air dia warna biru dah
Seterusnya kitorang singgah di Tiger Cave. Kat sini korang boleh naik tangga yang macam dekat batu caves. Tak larat nak naik sebenarnya tapi daripada duduk saja kat bawah tu buat apa kan. So naik je la pastu keliling la hutan kat dalam tu. Last-last kitorang sesat sebab duk lalu jalan yang sama. Last sekali turun tangga yang sama dan makan aiskrim dekat bawah dengan harga 40 baht. miahaha.
Tiger Cave
penat naik tangga boleh istirehat kejap
rasa nak pengsan kalau tangga rumah cam ni
kat sini banyak tempat pemujaan
gua ni pun untuk pemujaan
yang ni tangga utama. 1000 step lebih. mampu kau
sebelah tandas pun ada gajah. comelnya.
Penat menunggu pelancong omputeh tu so en. agent ajak kitorang pergi naik gajah. Kat sini kitorang disajikan dengan buah nenas lagi. Tak tahu la kenapa femes sangat dengan buah nenas kat sini. Kitorang naik gajah dengan pakcik tua. Langsung tak sporting tau. Pusing-pusing hutan tu lepas tu balik. Yang pelancong kat belakang kitorang tu siap suh posing-posing ambil gambar lagi. Dah la dia bagi duduk dekat depan gajah tu. Gila jeles.
Lepas naik gajah diorang hantar balik ke hotel. Kita apa lagi petang tu naik tuk-tuk pergi cari gerai mak cik Yaminlah makan 3 pancake dengan harga 105 baht. miahaha. Sedap sangat rasanya. Rasa nak menangis. hahaha. Malam pulak kitorang pergi makan dekat kedai Bamboo. En. B mengidam nak makan ikan bakar dan sotong bakar. Harga rasanya dalam 800 baht kot. Ingat-ingat lupa je ni. Lepas makan pergi jalan-jalan dekat deret kedai tepi pantai. Sekali En. B nak bergambar pula dengan monyet dengan harga 150 baht. Lepas tu balik kemas-kemas barang dan tidur. huhuhu.
mengada betol monyet ni.
Total hari ketiga
coffee = RM 3.00
aiskrim = RM4.00
pancake = RM10.50
makan malam = RM80.00
bergambar dengan monyet = RM 15.00
Total = RM112.50
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka
2 suka ayam goreng:
Hye Yana..sy pon g Krabi on December 2013. Ngan hubby & baby.pakej kite berdua same jer..harga pon sama cume 3rd day tu, i pon amik pakej jungle tour.Tp xde naik Tiger Cave.rugi la ckit..huhu.. Senag2, singgahlah blog sy..http://sharinakamar.blogspot.com/
hi.. saya pun tngh plan nak g krabi. saya sangat suka baca blog awak ne. saya rasa blog awak lah yg terbaik kerana mudah difahami, agak tersusun dan sunggguh membantu pembaca. good job awak. haha...
Post a Comment