Saja nak share macam mana yana beli tiket online ke USS. Sebenarnya kalau beli online lagi murah tau sebab sesetengah tu dia ada buat promotion. Rate harga tiket yang biasa untuk dewasa RM 195 dan kanak-kanak RM 150. Hari tu yana dapat harga tiket 185 untuk dewasa dan kanak-kanak pulak RM 158.
So caranya korang kena buka website rwsentosa dahulu. Click dekat TICKETS dan tunggu webbsite dia tengah loading.
Next bila dah habis loading korang kena perhati dekat bawah ni. Korang kena tengok dekat ticket type. Dia ada 3 jenis iaitu untuk dewasa, kanak-kanak dan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Korang pergi dekat BOOK NOW.
Bahagian ni penting sebab korang akan start untuk booking ticket. Perkara pertama korang kena pilih tarikh bila korang nak pergi. Click je dekat date tu dan jangan lupa bulan berapa yer nak pergi. Pastu tengok bahagian atas make sure click Universal Studio Singapore. Untuk harga tiket kalau nak murah tengok dekat bahagian promotion. So untuk pemegang MasterCard Exclusive boleh la korang guna sebab harga dia dapat 15% less iaitu $63 dan jika dibandingkan dengan harga asal $74 untuk dewasa. Kalau tengok kat bawah ni tak ada promotion untuk kanak-kanak so terpaksa scroll ke bawah untuk 1-Day Pass harga dia $54.
So dah pilih harga tiket korang boleh pilih untuk berapa kuantiti yang korang nak beli. Contoh la yana buat 1 tiket dewasa dan 1 tiket untuk kanak-kanak. Beli dah semak betul-betul korang boleh tekan confirm dekat bahagian yang paling bawah tu.
Bila dah click confirm korang akan pergi dekat bahagian payment. Sekali korang semak betul-betul berapa tiket korang beli takut tersalah tekan kuantiti tiket tu berapa. Check juga total tiket dan kalau puas hati boleh click pay. Jangan lupa tick dekat term and conditions
Seterusnya dia akan minta maklumat di bawah ni. So korang masukkan maklumat ni dan alamat email yang betul untuk dia hantar tiket korang. Dah siap isi boleh click confirm.
Bila dia dah confirm korang boleh buka emel dan check ticket korang. Sila print sendiri dan bawa ke USS Singapore untuk masuk tau. Semua harga tiket adalah dalam Singapore Dollar. So kena convert sendiri la dengan ringgit. 1$ lebih kurang RM2.50. So kalau $63 = RM157.50. Harap dapat membantu. So kalau pergi ke USS Singapore boleh tengok tips dekat sini.
7 suka ayam goreng:
@jessica s.
Hai~Sheray here~
I am selling USS ticket as well at even cheaper price !
***USS Ticket*** at only
[Adult : RM135 ($53)]
[Child : RM110 ($43)] (4 ~ 12 years , ≤3 free)
Available for EVERYDAY , including Weekend and Public Holiday!!
No need to Exchange Ticket at Ticketing counters, immediate admission to USS!!
Want to travel at the cheapest price ??Want to know the tips ??
Here you are~
https://www.facebook.com/pages/Universal-Studio-Singapore-Ticket/1468799286730894
You are appreciated to have a visit at my facebook page ~^.<~
it's fake or not?
assalamualaikum,
na tanya kad masterkad exclusive tu macam mana ye? boleh terangkan tak ? hehe
thanks
@Fasiha Zainal Abidin tu kad kredit
Post a Comment