13 June 2014

Tips Percutian ke Singapore

Assalamualaikum! 

Cuti sekolah kali ni dahku menjejakkan kaki lagi ke Singapore. miahaha . Kali kedua dahku masuk singapore kira macam expert la konon. Padahal dulu pergi USS Singapore je pun. Heboh satu kampung dahku. miahaha. Tak bercadang pun nak pergi tapi disebabkan mother-in-law ajak pergi sebab adik-adik ipar nak pergi USS. So dahku la yang jadi ketua kontinjen. hihihi. Macam biasa dahku baru habis exam semester 2 so dari tanjung malim menuju ke JB. 

Dah sampai memang dah booking siap-siap hotel melalui agoda. Macam biasa booking hotel dekat area jb ni ha sebab senang nak pergi naik bas dekat tune hotel . Tak nak tune hotel sebab bilik kecik. Nak solat pun tak bape nak selesa. Booking hotel JB City Hotel dekat area Skudai Kiri. So far dua kali duduk sini not bad la. Bilik pun bersih.

So, next day pergi la ke Singapore dengan menaiki bas Odyssey dekat sebelah Tune Hotel. Sebenarnya yana booking untuk 8 orang untuk ke USS Singapore. So bas ni bawa kitorang sampai ke sana. Korang akan lalu 2 checkpoint iaitu satu kat jb dan satu lagi dekat woodlands. Harga tiket bas pergi dan balik untuk seorang RM30. Tiket USS yang murah pulak yana beli dengan akak Rosmanizah . Tiket ke USS Singapore dia murah sebab korang boleh dapat free meal voucher $5 dan free retail voucher $8 bersama tiket bas dengan harga RM190. Yana pergi uss dulu RM185 untuk tiket sahaja. Hangin kejap tak beli ngan akak ni. hihi.

depan USS Singapore

Bila dah sampai ke USS Singapore kitorang terus turun dan hantar 4 orang adik ipar pergi kat pintu depan USS. So tinggal la kitorang yang berempat lagi terus berfikir macam mana nak keluar dari USS. hahaha . mengong jap . Tanya dekat kaunter dia cakap boleh naik train sentosa express. Masa balik kitorang tak perlu bayar pun. Bila naik sentosa express ni korang akan sampai dekat Vivo City. Vivo City ni kalau korang banyak duit boleh la shopping kat sini. Semua barang branded sikit. Korang kena turun tingkat paling bawah kalau tak silap B3 untuk naik MRT Harbourfront. Memula cadang nak beli tourist pass tapi bila tanya kat Ticket Office kat situ dia cakap tak jual dan hanya MRT tertentu sahaja jual macam MRT Ang Mo Kio. So decide tak nak beli sebab kitorang hanya nak pergi dekat Bugis Street je.

sentosa express

setiap 4 minit dia datang. cepat kan.

sila stress kan diri anda untuk membaca map ini

tak susah pun nak guna ni

So kitorang pergi beli ticket dekat yg macam mesin ni. Korang pilih destinasi mana nk pergi dan masukkan duit singapore dollar dan dia akan print ticket. Tiket harga lebih kurang $2.80 untuk ke Bugis. Dari Harbourfront korang kena tukar train bila sampai ke Outram Park. Korang kena ikut laluan yang berwarna hijau ni. Sila kaji peta MRT dulu betul-betul. Macam dahku ni tak tengok langsung pastu mula bingung. Dah sampai Outram Park naik MRT ke Bugis. Kalau tak faham sila tanya orang kat situ. Naik MRT ni kena cepat sebab pintu dia sekejap je dah tutup. Jangan pelik kalau tengok orang Singapore ni jalan laju-laju dan jangan hairan kenapa eskelator dia laju sangat-sangat. Diorang ni mementingkan masa tau.

Vivo City

HarbourFront

Bila sampai dekat Bugis Street boleh la jalan-jalan kat sini. Barang-barang pun boleh tahan la murah. Dahku tengok saja sebab duit tak cukup kalau nak beli semua barang kat sini. hehehe . Kitorang makan tengahari dekat sebelah Bugis Street . Lupa lak nama dia tapi ada kedai makan indon kat sini. Kitorang makan nasi soto dengan harga $3.50 dan tea ais $1.50 . Pastu kitorang solat dekat Masjid Sultan. Yang ni kena jalan sikit. Sebelah masjid ni ada Arab Street. Ha kat sini korang akan pengsan gila-gila sebab lagi murah dari Bugis Street. Apa lagi beli 3 barang dapat $10. Dahku rembat fridge magnet dan keychain je la. Menda lain tak minat. hihi. Jalan-jalan lagi kat depan nampak kedai makan Kampong Glam Cafe. So berhenti lepak kat sini sekejap.

Bugis Street

3 helai untuk $10

sila rambang mata kat sini

Kat sini la kedai makanan melayu

Arab Street


Kampong Glam Cafe

Masjid Sultan

Dah habis melepak kitorang balik semula ke MRT Bugis dan beli tiket ke Raffles Place. Ingat-ingat lupa dah harga tiket. Rasanya dalam $1.80 . Naik MRT ni rasa macam nak terbang sebab laju sangat. Tak dan nak pejam mata dah sampai kat destinasi yang dituju. Kat Raffles Place ni korang boleh pergi dekat Merlion Park untuk ambil gambar dengan singa yang keluar air dekat mulut. Bila keluar dari MRT pergi sebelah kanan dan jalan bawah jambatan baru jumpa tempat ni.

bangunan kat sini cantik-cantik tau

candy

Merlion Park

macam mana arkitek bina bangunan kat belakang dahku tak tau la
nice place to go okeh. 

kebanggaan orang singapore

Bila dah siap bergambar kitorang balik semula ke Harbourfront dan tukar MRT kat Outram Park untuk ke sana. Bila dah sampai kat MRT Harbourfront kitorang singgah jalan-jalan kat Vivo City. Bila dah habis kitorang beli tiket ke sentosa semula dengan harga $4 . Dah sampai sana tunggu pulak adik ipar keluar dari USS. Pukul 7.15 naik bas balik ke JB. Pukul 10 baru sampai sebab jalan jem sebab masa pergi hari tu adalah hari orang kerja so memang sesak sangat-sangat. Disarankan pergi la hari hujung minggu bagi mengelakkan jem teruk dekat woodlands.

Bajet Murah ke Singapore

JB City Hotel 3D2N (2 deluxe master + 1 family room ) = RM588.00 (pak mertua bayar)
Tiket bas Odyssey untuk empat orang = RM90 (pak mertua bayar)
Tiket USS Singapore 3 Dewasa (RM190) + 1 Kanak-kanak (RM160) = RM730
Tiket MRT = $10 x 2 = $20 (RM53.00)
Makan nasi soto + tea ais = $5 (RM13.25)
Keychain dan fridge magnet = $10 (26.50)

TOTAL = RM 1500.75 (untuk satu family okeh)

So untuk kami 2 orang hanya membelanjakan kurang RM92.75 duit ke Singapore sebab uss kitorang tak pergi dan hotel bukan kami bayar. Masa tukar duit dollar tu kitorang ambil $50 je. Ada balance lagi dalam $20 dan dapat la tukar duit tu dalam RM50.20. Boleh jimat tak kami. hihihi.

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

3 suka ayam goreng:

alizal said...

Banyak lagi tempat menarik lain di Singapore ye...

Haritu pergi USS je... maybe, akan datang akan pergi tempat-tempat yang u dah pergi ni.....

JESS said...

Hi ! Artikel menarik. Info sahaja ~ Jika berminat beli TIKET2 tempat menarik dalam Singapura pada harga Promosi, seperti USS - GARDEN BY THE BAY - CABLE CAR - BUTTERFLY FARM - SINGAPORE ZOO & banyak lagi, silakan hubungi saya & buat tempahan awal sekurang2 nya 10 hari sebelum trip. Special price available ! Lawati web saya - Love Travel di www.facebook.com/lovetravel86
.
Regards,
👠 Jessica from Love Travel
T: ➳ +6017-7055 381
E: ➳ jessica.travel8686@gmail.com
Facebook Page ✫ Love Travel >> www.facebook.com/lovetravel86
☂ ❝Enjoy holiday in SINGAPORE at discounted price with us!❞

Bogalakon transport said...

BogalakonTour Bandung terdapat perkhidmatan pemandu / pakej lengkap percutian ke Bandung dan Jakarta.

Terdapat pakej percutian iaitu:

Eksekutif Gold Package = pemandu, hotel, makanan dan tiket lawatan (per pax)

Pakej Perak Busines = pemandu, hotel dan makan (per pax)

pakej Bronze pemandu ekonomi dan hotel (per pax)

Pakej pengangkutan pemandu = Service sahaja (per hari)

Kadar Sewa Kereta sehari:

Seat 6 Avanca, APV Luxio
Bandung-Jakarta-Rm 250
Tour Bandung-Rm 150
Tour Jakarta-Rm 185

Seat 7-8 Inova
Bandung-Jakarta Rm300
Tour Bandung Tour Rm185
Tour Jakarta Rm215

Seat 8-10 pregio
Bandung-Jakarta Rm300
Tour bandung Rm185
Tour jakarta Rm215

Seat 10-12 elf pendek
Bandung-Jakarta Rm 330
Tour bandung Rm215
Tour jakarta Rm250

Seat 15-19 elf panjang
Bandung-Jakarta Rm400
Tour Bandung Rm265
Tour jakarta Rm300

Seat 15 Hiace commuter
Bandung-Jakarta Rm400
Tour bandung Rm300
Tour jakarta Rm330

* Termasuk: minyak, bayaran letak kereta, tol, pemandu.

* Tidak termasuk: bayaran masuk ke tempat-tempat orang pelancong untuk menyemak & Kereta.

Sila Tuan Dan Puan memutuskan tempat lawatan Ikut program tentatif yang telah disediakan atau Ikut anda.
Kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik,jujur,baik dan sopan.
Syarikat kami adalah 100% Pemandu muslim dan tidak perlu bimbang tentang makan sedap dan pasti halal.

Tempah Pantas sekarang dan dapatkan harga terbaik/murah dari syarikat kami.
InsyaAlloh amanah dan barokah.

panggilan
+62 8 12 21 21 567

WhatsApp
+62 8 12 21 21 567

bogalakontour@gmail.com
bogalakontour@yahoo.com

www.bogalakontour.com www.sewakeretamurahbandung.com

Mudah-mudahan maklumat yang saya berikan boleh memudahkan urusan percutian anda.

Terima kasih.
Wassalam...wr..wb.

>
 
copyright by > Cikelyana