09 February 2014

Resepi Kek Batik yang paling mudah

Assalamualaikum !

Sekarang tak tahu pulak kenapa rajin sangat nak buat kek. Nak kata suka makan kek tu tak la sangat tapi yana memang suka sangat kalau nak masak kek. Ni resepi yang paling mudah la untuk buat kek batik. Yana memang tak suka la kalau susah nak buat. miahaha. 


Bahan-bahan

1) 1 cawan marjerin
2) 1 pinggan biskut marie (patahkan 4 bahagian)
3) 1 cawan susu pekat
4) 4 sudu besar milo
5) 2 sudu besar serbuk koko

Cara membuatnya

1) Cairkan marjerin dalam kuali dengan api yang kecil
2) Campurkan dengan 1 cawan susu pekat dan kacau.
3) Masukkan serbuk koko dan kacau.
4) Masukkan milo dan kacau sehingga sebati dan berkilat.
5) Kacau biar dia berkilat dan tidak lagi berketul.
6) Masukkan kepingan biskut marie dan gaulkan biar coklat tu membaluti biskut.
7) Kalau coklat tu ada lebihan sikit boleh tambah lagi biskut marie.
8) Kacau sekejap je dan curahkan dalam bekas. Jangan lupa tutup api.
9) Sejukkan seketika dan lepas tu masukkan dalam peti sejuk
10) Dah sejuk boleh la makan dengan bangganya. miahahaha.

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

4 suka ayam goreng:

uh my said...

thanks ajar, senang je rupanya ^^

Anonymous said...

good tutorial

puteri airyn said...

Assalammualaikum.. wah macam senang je macam mudah je.. Hehehe.. Nice sharing..

Melati Rahmat said...

Wah, senangnya. Nak cubalah nanti. Thanks kak Yana :D

>
 
copyright by > Cikelyana