10 February 2015

Resepi kek cheese leleh yang mudah

Assalamualaikum !

Hari ni rajin sikit nak hapdate blog kita. huhu. Diakui memang malas sangat-sangat. Sempena hari jadi En. B kita buatkan dia kek cheese leleh fevret dia la agaknya. Tiap-tiap minggu paksa kita suh membaking cake. hahaha. Nasib baik bini dia ni rajin sikit kalau nak baking cake. Last year kita tolong buatkan kek coklat cheese untuk bufday En. B. Tahun ni tukar menu sikit je buat kek cheese leleh. Resepi ni kita amik dekat facebook pastu kita ubah sikit-sikit ikut rasa sedap kita. huhu. 


Resepi kek cheese leleh yang mudah 

Bahan kek 
1 setengah cawan tepung gandum (diayak)
4 biji telur 
Setengah cawan gula kastor 
Satu sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
50 ml minyak masak 

1) Caranya pukul telur, gula dan ovalete sampai gebu dan ringan. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, baking powder dan last sekali minyak masak. Pukul sampai sebati. 

2) Next boleh tuang dalam loyang yang dah di sapu minyak atau butter. Kalau ada kertas minyak boleh guna. Yana tak jumpa letak mana dah so sapu mentega je la senang supaya tak melekat bila masak nanti.  

3) Korang boleh kukus selama 30-40 minit atau bakar pada suhu 160' selama 30-40 minit. Ikut oven korang la. 

Bahan topping
250g cream cheese
Setengah cawan susu pekat 
60ml susu cair 
50ml UHT whipping cream
1 buku cheddar cheese yang diparut


1) Campur semua bahan di atas dan putar sehingga sebati kecuali cheddar cheese. Adunan ni memang cair. 

2) Kek yang dah masak tadi boleh la disejukkan terlebih dahulu. Lepas tu boleh tuangkan adunan yang cair tadi di atas kek. 

3) Last sekali boleh tabur cheddar cheese yang sudah diparut dan sejukkan di dalam peti ais sebelum dingap. hihi. K selamat mencuba. 

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

4 suka ayam goreng:

♥ Nana BamBam ♥ said...

masya Allah..sodapp nyeeeee cheeeseeeee...

my feveret food :p

ezyra taharin said...

alahaiii sedap nye tengok..pandai awak buat,,hehe

El Yana said...

@ezyra daniel resepi senang je kot. awak pun boleh buat. bahan-bahan pun mudah

Unknown said...

Mcm sedap je...nak try lah...klu terjual..halalkan ya..

>
 
copyright by > Cikelyana