Kikiki. Lama betol ambil masa nak menaip. Anak dah masuk 6 bulan baru nak kembali kepada belog kita semula. Tak la nak hapdate kalau dah anak ni. hahaha. alasan je tu. Kalau anak dah masuk 6 bulan jadi maksudnya sekarang dah masuk bulan keenam la daku kena operate czer. Tak la seriau sangat sebenarnya kalau czer ni. Bila difikirkan balik sakit masa bersalin normal tu lagi seriau sampaikan yana sendiri pun lebih rela czer kalau dengar cerita orang yang bersalin normal. hahaha. Depends pada situasi la kot tapi yana pun emergency czer hari tu so tak merasa la sakit bersalin normal. Orang bersalin czer ni akan rasa sakit lepas bersalin tu. Kau nak gagahkan diri untuk bangun pun seksa. Nak dapat perut kempis pun lagi seksa tau. hahaha.
Ada kelebihan juga orang yang bersalin czer ni. Macam yana sendiri masa keluar hospital lepas 3 hari lepas czer tu buat-buat gagah untuk berjalan sendiri nak pergi dekat parking keta. Yana tengok semua orang yang czer sewaktu dengan yana dekat hospital semua guna wheelchair. Kau banyak berjalan lagi cepat luka sembuh tau. Lepas 6 jam operate tu yana dah boleh turun sendiri dari katil tanpa bantuan nurse. Nurse kat situ pun hairan yana duk berjalan dalam wad lepas operate. kahkah. bosan kot. baby pulak suka tido je memanjang.
Lepas keluar wad tu pun yana tak sembelit pun masa berpantang. Orang cakap la lepas bersalin memang normal la korang akan sembelit. Ada sesetengah tu berjam-jam mengadap toilet tapi bagi yana tidak langsung. hahaha. So far yana makan set berpantang nona roguy. Masa tu beli online dekay NR2U.com. Jimat kot free bengkung zig zag dengan harga RM300 free postage. Murah sangat dah bagi yana sebab banyak tempat la survey memang harga 300 lebih ke atas. Set ni yana makan selepas minggu kedua sebab takut anak dapat jaundice. Phytonatal yang tablet tu yana makan sekali sehari dua biji. Bila makan confirm petang atau waktu malam korang dapat membuang dengan jayanya. hahaha. Tapi kadang-kadang sesetengah orang tak sesuai so dengan yana memang ok sangat. Minyak Herbanika pun best jugak la pakai tapi tak rasa apa pun. Dah beli mahal-mahal pakai je la. Untuk yang mandian yana guna uncang cuci herbanika dan herbanika lulur memang rasa segar sangat. Akar herbanika tu tak guna pun sebab takut anak cirit birit.
dapat free bengkung mana nak cari la kan
rasa dia tak payah cakap la. hahaha
Selain tu yana makan buah oren sunkist untuk elak sembelit. Sebiji sehari memang yana akan makan sampai habis pantang. Buah ni pun elok untuk menyembuhkan luka operate tu. Tak berani nak makan pati haruan bagai sebab takut luka dalam lambat sembuh pastu ada keloid bagai. Satu pati pun tak makan dan hanya ikan haruan singgang dengan bakar je hari-hari makan semasa berpantang. Itu pun dah menggelepur tengok orang lain duk makan ayam kepsi depan mata. hahaha. dugaan betol waktu berpantang ni.
buah oren sunkist tau
Bila dah masuk bulan ketiga yana mengalami sembelit yang melampau-lampau la. hahaha. Gila betol duk dalam toilet dekat sejam tapi tak membuang pun. Yana pun pelik orang bersalin ni akan sembelit selepas bersalin tapi ni dah dekat 3 bulan bersalin baru nak sembelit. Masa tu memang perit la sampai menangis-nangis menahan seksa woo. huhuhuhu. Pastu mula la mengoogle kembali cara nak atasi sembelit melampau ni. Yana try makan buah oren sunkist dan yakult. Hari-hari makan benda yang sama memang mujarab. Membuang pun senang. Yakult ni memang sangat membantu la tapi kalau makan masa berpantang tak sure la pulak boleh ke tak.
yang warna merah yana guna sebab murah sikit dari yang kaler biru. hahaha
0 suka ayam goreng:
Post a Comment