Perghh. Tajuk kemain lagi ye kau yana. hahaha. Semua orang nak kurus la wei lepas bersalin. Macam yana pun nak dapat shape sebelum kahwi tu susah sangat la lepas bersalin. Ini kan pula orang yang bersalin operate macam yana ni. hahaha. Seksa jiwa raga bila duk fikir bila nak kurus lepas bersalin. kahkahkah. Meh ikut tips yana insyaallah ada peningkatan untuk kurus sikit walaupun tak banyak. hahaha.
sape cakap kita gemok babap kang baru tau. huhuhu
#tanamkan semangat nak kurus
sila tanamkan azam yang membumbung ye puan-puan semua yang korang ni nak kurus. hahaha. kena tabah dan jangan cepat mengalah. Masa pregnant berat yana bertambah dalam 10kg. Lepas deliver 2 hari pergi la timbang dekat depan kaunter hospital hanya turun 2kg je. Siap tanya encik b lagi kenapa berat tak turun-turun ni. Mana da berat turun terus lepas bersalin. Masa tu rahim belum kecut lagi. hahaha. Sengal betol la cakap penimbang tu rosak. hahaha
#jaga pemakanan semasa berpantang
yang ni memang kena beri perhatian betol-betol. Masa berpantang la korang boleh kurus dengan cepat sebabnya kau bukannya boleh makan sesuka hati je. Menu yana setiap pagi hanya biskut sahaja dalam 2 tiga keping lepas tu minum air milo je atau pun horlicks. Yana nak minum tea takut perut baby kembung. Tengahari yana makan satu senduk sahaja nasi dengan ikan haruan. Tak makan lebih pun. Malam minum air je. Yana amalkan betol-betol memang menjadi ditambah pula dengan menu yang sama memang tak berselera sangat la nak makan. Tak sampai 2 minggu lepas bersalin yana timbang masa checkup dekat klinik turun 10kg. hoorey boleh lompat bintang.
#kerap menyusu baby
yang ini memang tak dinafikan. Lagi kerap korang menyusu lagi banyak kalori yang dibakar. Di tambah lagi dengan korang yang berjaga di tengah malam kalau baby tak tidur. So far anak kita memang tido je waktu malam dan hanya akan bangun untuk menyusu je.
#jangan kerap sangat tido waktu siang
yang ni memang yana kurang tidur waktu siang. Yana pun tak tahu apa motifnya. hahaha. Mungkin tak rasa nak tido sangat kot waktu siang ni sebab time tuh tengah berkejar nak siapkan thesis untuk master. hahaha. Orang tua-tua pun ada pesan gak jangan tidur waktu matahari tengah meninggi. Entah la mungkin nak kurangkan sakit kepala la kot. Yana pun tak sure.
#berbengkung
yang ni yang lemas tang bengkung ni. orang yang bersalin normal tiada masalah, selepas dua minggu yana try la nak berbengkung sebab dah tanya doktor katanya boleh if you czer sekali pun. Yana guna bengkung jenis strap tapi lepas 2 hari tu terus rasa macam sakit dan perit sangat dekat perut. Encik B tak bagi pakai bengkung dan memang tak pakai pun masa berpantang. Kalau korang tiada masalah macam yana boleh je guna berbengkung dan untuk czer better guna bengkung jenis strep sebab mudah. Berbengkung ni boleh kempiskan perut. Orang yang berslin czer ni memang susah kalau perut nak kempis.
masa ni dah 5 bulan lepas bersalin. tak ada la kurus mana pun tp dapat kembali berat asal jadi la
So far ini sahaja petua yang yana guna untuk slim selepas bersalin. Tak ada lah slim sangat pun tapi dapat berat yang normal balik. Lepas tu terus melantak makanan macam tak sedar diri. Sebelum pregnant berat dah naik dalam 47kg. Sebelum deliver berat dalam 58kg. Lepas bersalin sampai sekarang still kekal 47kg. Bersyukurlah. hehehe. Baju-baju dulu masih muat nak pakai cuma tang perut tu memang payah la sikit nak kempis.
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka
1 suka ayam goreng:
bagus ni untuk masa depan..hehe
Post a Comment