09 July 2015

Bersalin secara pembedahan caesarean

Assalamualaikum !

Yana dah selamat bersalin secara caesarean. yeay! tepuk tangan. hehehe. Actually kita tak nak sesangat-sangat kalau bersalin secara pembedahan ni. Nak jugak bersalin normal tapi apa kan daya ku pasrah segalanya. hehehe. My baby boy kurang air ketuban + breech. Pengalaman bersalin secara caesarean ni tak adalah menakutkan cuma orang kata kalau bersalin caeser waktu bersalin tak rasa sakit tapi bila ubat bius dah hilang dia punya perit tu tak tahu nak cakap. hahaha. Sakit wooo. 

Yana kena ward lepas check up untuk 36weeks bila kat klinik. Doktor cakap air ketuban kurang dari 6. So memang bahaya dan peluang untuk baby lemas memang tinggi sangat. Hari tu juga pergi hospital terus kena ward. Hari pertama kat ward nangis sebabnya tak biasa tidur kat hospital. huhu. Lepas tu campur dengan sebak sebabnya doktor cakap kena caesar. huawaaaa. Doktor bagi masa 3 hari kalau baby tak berada kedudukan normal memang kena operate. 3 hari tu juga duk doa dan cakap-cakap dengan baby supaya berpusing semula tapi tak juga dia pusing. Seronok agaknya kepala duduk di atas kot. 

Bila doktor check lagi hari ketiga baby still breech dan air ketuban semakin kurang. Next day kena operate. Doktor ada la bagi penerangan sikit pastu dia suruh kita sain borang. Sain je la sebab tak ada cara lain. Next, nurse panggil pasang tiub kencing dan pasang alat yang nak amik darah. Sebelum operate kena puasa dulu selama 6 jam kalau tak salah yana. Petang tu baru yana kena tolak ke bilik bedah dan jumpa pakar bius. Dia ada la terang pasal bius tu tapi tak faham sebab cakap cepat sangat dan kita pun dah pening-pening. Masa tanya doktor semalam yang tu suntikan epidural ke. Tapi dia kata bukan. Ni suntikan spinal. Masa sebelum operate tu kita tak dibenarkan pakai barang kemas. Semua kena buang. Baju kita pun kena buang juga dan pakai baju dia. Pastu dia bagi kita pakai cap. Dah la rambut kita panjang pastu tak leh ikat pulak tu. Rasa memang serabai sangat lah. hahaha. 

Masa operate tu tak rasa apa dah sebab dah bius kan. Tapi yana still sedar lagi dah rasa la sikit macam orang duk toreh perut kita. Kejap rasa mengantuk dan kejap rasa macam sedar. Tepat jam 2.58pm my baby boy keluar. Ada la duk dengar dia nangis macam anak burung, hahaha. Pastu time doktor nak jahit balik memang yana rasa. Agaknya ubat bius semakin berkurangan kot. Rasa macam orang tengah cincang-cincang perut kita. Agaknya la. hahaha. Nurse ada letak baby dekat dada tapi kita tak tahan sebab sakit masa doktor tengah jahit. Bilik bedah tu sangat-sangat lah sejuk. Kita terketar-ketar sebab sejuk sangat. Bila dah siap nurse akan pantau jantung kita kalau ok boleh naik ward dalam 30 minit. Kawan depan katil yana masa operate tu semalaman duduk kat bilik bedah sebabnya bacaan jantung dia tinggi. Kalu dah normal baru dibenarkan balik ke ward. 

Lepas operate kita tak dibenarkan untuk bergerak. Lepas 6 jam baru boleh bergerak. Yana keesokan paginya dah turun katil. Orang kata lepas operate kena cepat-cepat bergerak supaya luka cepat pulih. Sakit nak bangun tu memang perit sangat dan memang kena bergantung dengan besi tepi katil. Yana tak ada la nak memanjakan diri sangat. Satu ward yana berjalan. hahaha. Sampaikan nurse pun hairan tak sakit ke. hohoho. Kalau kena operate ni sekurang-kurang 3 hari duduk ward dan korang kena kencing dan membuang supaya tak kena tahan lagi lama. My baby pun sihat dan bacaan glukos dia pu ok. Hari ketiga kena operate tu dah boleh keluar. yeay. Gembiranya kita sebab dah bosan sangat duduk ward selama 7 hari. gitu. 

Pesanan untuk yang newbie macam yana nih tak ada la takut sangat kalau kena operate ni. InsyaAllah okeh nanti. Yang penting jangan nak manjakan diri sangat. hahaha. Nah tengok gambar baby sendiri hilang sekejap rasa sakit. hehehe

1 month

2 month

3 month

 100 days

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

3 suka ayam goreng:

eima said...

alahai comeynya ....
setiap kelahiran tu berbeza2.... normal atau czer masing ade risiko masing2 .....

Izz Latif said...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@zalora.com.my jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

miss chenta said...

seriau baca psal bersalin czer nie,.. btw comey baby

>
 
copyright by > Cikelyana