21 April 2015

Mummy

Assalamualaikum !

Lama menghilang sejak zaman bila tah lagi. hihihi. Maklum la sekarang sibuk dengan pelbagai acara. hehehe. Actually yana dah selamat bersalin secara pembedahan atau caeserean di Hospital Kuala Lipis. Tak expect pun kena bersalin awal sebab kita memang tak ada tanda-tanda sakit nak bersalin langsung. Kita pun tak la rungsing sangat sebab masa cuti sekolah bulan 3 hari tu masih lagi duk meronda-ronda sambil gelak-gelak lagi bila balik Kelantan. Masa tu baru 36 week so macam tak ada pape la kan. 

Bila balik je Kuala Lipis hari khamis tu terus pergi check up dekat klinik macam biasa. Pastu jumpa doktor sebab dia nak scan untuk 36 week. Bila lepas scan tu la mula start bimbang sebab doktor cakap air ketuban kurang dari 6. Doktor suruh pergi hospital terus untuk check dengan pakar. Lepas balik klinik terus kemas-kemas barang sendiri, makan dan solat pastu terus pergi hospital. Masa dalam kereta sempat gak nanges . huwaaa . cakap dengan Encik B tak nak caeser, Sakit wooo . Encik macam biasa cuba menenangkan keadaan. huhu . 

Bila sampai hospital terus doktor scan sekali lagi cakap air ketuban kurang dari 6 pastu baby pulak songsang. Sah memang kena caeser la gamaknya. Doktor bagi masa 3 hari untuk scan semula. Kalau air ketuban tak naik juga, the next day yana kena caeser. Doktor suruh check in dalam ward. Hati sedih dah sebab tak pernah-pernah kena tahan dalam wad. Masa first day duduk wad tak boleh nak tido dibuatnya. Pastu telefon Encik B cakap nak balik umah. huhu. Serabut kepala Encik B dibuatnya. Dah la penat tak hilang lagi baru balik dari KB terus ke hospital. huhuhu. Sampaikan dia sanggup nak tido kat atas bangku kat luar. Kita pun kesian cakap tak apa lah. Orang boleh duduk hospital sorang-sorang. hahaha. buat-buat berani la konon. 3 hari memang rasa macam 3 tahun. 

Lepas 3 hari doktor scan balik dua kali. Tapi air ketuban tetap tak naik dan kedudukan baby masih lagi songsang macam biasa. Sedihnya hati masa tuh . Dah macam-macam cara buat supaya kepala baby ke bawah . Dah try letak ais tak jalan. Pastu try sujud lama-lama pun tak jalan. Last sekali main-main dengan torch light pun tak jadi. Kalau baby tak songsang boleh la induce dan bersalin normal. Hampa je belaka. Malam tu lagi sekali tak lena tido sebab petang besok kena caeser. 

Redha je kena caeser. Tapi perasaan takut kena bedah ni lain macam. Macam nak kena pergi berperang sebab nak selamatkan baby. Doktor kata you kena bedah sebab baby berisiko tinggi untuk lemas kalau air ketuban kurang. Masa nak masuk bilik operate siap cakap dekat Encik B cepat-cepatlah bedah. Tak daya nak duk hospital lama-lama. huhu. Sekejap je masuk bilik bedah ni. Cuma dia nak monitor lepas bedah tu yang kena tunggu lama sikit. Masuk pukul 2.30 petang. Lepas dia bagi tahu macam-macam maka mula la operasi bedahnya oleh 2 orang doktor. Sorang doktor lelaki dan sorang doktor perempuan. Memang baik la doktor dua orang ni. 2.58 petang keluar la baby boy ikut tingkap. hehe. Kecik je baby nya ha. Berat hanya 2.2kg. Alhamdulillah lepas dari 2.0 kg. Dapat tengok baby rasa macam tak percaya je yana dah jadi mummy. hehehe. Lepas ni balik berpantang la pulak, Dugaan lagi kat situ. huhuhu. Syukur my baby sihat walaupun doktor cakap tali pusat dah terbelit dekat leher baby. 

my baby boy 

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

2 suka ayam goreng:

Nova Leeza said...

sangat comel babynya.. teringat anak i masa kecik. salam perkenalan

Azhafizah MN said...

Tahniah..comelnya baby

>
 
copyright by > Cikelyana