25 February 2015

Maggi ketam yang sedap di Kelantan

Assalamualaikum !

Sempena cuti raya cina bebaru ni sempat la dahku pergi menambahkan berat badan lagi di Kelantan. huhuhu. Dah dekat dua bulan lebih tak balik kampung semenjak kejadian banjir tahun lepas. Lapan hari kau tergolek atas katil je kerjanya masa banjir hari tu. Actually nak cerita pasal maggi ketam sebenarnya. Family yana memang suka makan kat sini sebabnya sedap.

orang yang mengidam adalah yang berbaju merah. hahaha

En. B pernah order maggi ketam dekat Lipis. 1 mangkuk tu RM10 tapi bau dia masyaallah sangat tak sedap. Dah la ketam dia kecik sangat-sangat. Bila ketuk je ketam tu terus hancur luluh hatiku menegoknya.hahaha. Argh! Memang tak berbaloi langsung. Last sekali En. B decide nak makan kat kedai yang kitaorang makan selalu dekat PCB. 

maggi ketam untuk dua orang makan

Kedai dia ni memang setiap kali kitorang pergi memang ramai. Nama kedai dia D'Syaz Cafe area dekat-dekat dengan Kem Kijang. Biasanya kitorang pergi sebelum maghrib tetapi memandangkan nak makan ketam ni ambil masa yang lama nak kena ketuk bagai so pergi je lepas maghrib. Tak adalah susah-susah nak kejar solat maghrib. Masa sampai tu tengok satu family keluarga chinese tengah makan maggi ketam. Agaknya sambut tahun baru cina sambil maan ketam kot. 

Harga dia kalau yang biasa satu mangkuk RM25. Tapi kitorang tak nak yang biasa-biasa. Nak yang besar dan ada telur. huhuhu. tamak betol kan. Untuk 2 orang makan tambah dengan air kitorang bayar RM77. Memang agak mahal tapi En. B cakap berbaloi sebabnya sedap. Kalau tak sedap memang En. B mengamuk la agaknya. huhuhu. 

besar gedabak dia punya ketam

ketam dia pun sedap

Kedai dia ni agak femes la jugak. Ada gak retis-retis datang makan maggi ketam ni. Yang yana tengok dekat facebook D'Syaz Cafe ni ada Wak Doyok, Pipirazi dan Aidit. Sumpah aku tak kenal sape cuma yang tau Wak Doyok je. kahkkahkah. 

Wak Doyok je yang daku kenal

Selain daripada maggi ketam yang femes amos ni ada jugak menu lain macam ketam goreng berempah, ketam gorng kunyit, maggi oyster, ketam asam limau dan masakan panas dan lain-lain. Kalau rasa nak cuba boleh la ke kedai D'Syaz Cafe. Yana kasi 5 bintang kalau makan kat sini. Memang sedap la.

mee goreng ketam


ketam goreng berempah 

ketam masak lada hitam

ketam goreng kunyit

ketam asam limau

ketam 3 rasa

Iklan ini tidak dibayar pun. Saja nak share dengan pembaca belog dahku ni ha. So kalau rasa nak try boleh la ke D'syaz Cafe area Pantai Cahaya Bulan. Kedai ni berdekatan dengan kem kijang. Operation hours rasanya start dalam kul 6 petang kot. 

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

3 suka ayam goreng:

sitirohaida said...

wah..padat dengan isi ketam la...mabless sungguh..bila la dapat makan kat sana...jauh ya amat..

Unknown said...

Alamat????

El Yana said...

@Unknown kedai dia dekat dgn kem kijang, kelantan

>
 
copyright by > Cikelyana