25 June 2014

Resepi Kek Cheesekut yang mudah

Assalamualaikum !

Sementara nak dekat puasa ni boleh la belajar buat macam-macam kek kan. Tak payah dah nak tempah dengan orang. Buat sendiri lagi jimat plus boleh save budget . hehehe . Nah ini resepi paling mudah nak buat kek . ekeke . Resepi kek cheesekut pujaan ramai. hihihi

Bahan-bahan 

biskut deluxe cracker payah sikit nak jumpa

Nestum
1/2 tin susu pekat
1/2 susu full cream
250g cream cheese
1 paket biskut Hup Seng perisa Deluxe Crackers

Cara-caranya

1) Pukul cream cheese bersama setengah tin susu pekat sampai kembang semangkuk . Bagi cheese tu rata dan kena gebu sikit. Yana guna stand mixer je senang dan cepat.


2) Buka biskut cap ping pong deluxe crackers tadi dan korang tenggelamkan dalam susu full cream. Kiranya susu full cream ni hanya sebagai medium untuk bagi biskut tu lembik sikit je. 


3) Next, susun biskut tadi dalam loyang if biskut dah lembik sikit. Susun bagi penuh tau. Kalau ada ruang korang patah-patahkan je biskut tadi. 


4) Layer seterusnya tuangkan cream cheese dalam mixer tadi. Jangan banyak sangat sebab kita nak buat banyak layer. So tuang bagi tutup biskut tu je. 


5) Next taburkan nestum sepenuh hati atas cream cheese tadi. hihihi. Lepas tu ulang lagi dengan mencelup biskut, lapiskan dengan cream cheese dan las sekali tabur nestum sampai biskut habis. 


6) Dah siap korang masukkan loyang tadi dalam peti ais. Tunggu dah sejuk boleh potong dan makan. Rasanya memang sedap sangat. Kalau korang guna biskut cream cracker rasa dia kurang sedap sikit. 


Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

6 suka ayam goreng:

eima fatima said...

Waaahhh best2 nak sikit hihi. Petang2 memang syok makan cheesekut. Thanks sebab share resipi yang simple ni

Natrah said...

Nampak sedap. Kena buat dulu. Hihihi.

Thanks for this simple resepi.

Salim Sahidan said...

kat mana nak cari deluxe craker ni?? g kedai bnyak kali jumpa cream cracker je

El Yana said...

@Salim Sahidan kat pasaraya ada. tp kdg2 tu dah abis stok. kena pandai cari gak

Anonymous said...

Mana nak cari cream cheese..apa jenama cream cheese tu

El Yana said...

Kat pasaraya pun ada. Yg ni cream cheese tatura. Brand philadelphia pn ada.

>
 
copyright by > Cikelyana