19 June 2014

Ikan Patin Tempoyak di Temerloh yang sedap

Assalamualaikum ! 

Bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke Temerloh semestinya korang nak try masakan ikan patin masak tempoyak kan kan kan. Kalau nak mencari masakan ikan patin tempoyak di Temerloh yang sedap sangat-sangat i suggest you all try restoren Claypot Patin Tempoyak. Sesiapa yang datang makan kat sini pasti akan mengigau-igau sebab sedap sangat bak kata encik b. hehehe. Dia citer cikgu sekola dia sampai termimpi-mimpi nak makan ikan patin tempoyak. 

claypot patin tempoyak

Lokasi dia memang sangat senang je. Kalau korang pergi temerloh dan korang tau tak pasaraya TF Temerloh. Kedai dia dekat-dekat ngan area situ. Yang pasti korang kena u-turn balik selepas melalui bulatan temerloh. Kedai dia berhadapan dengan kubur cina temerloh dan bersebelahan dengan kedai motorsikal. Kalau tak dapat juga dekat dengan kuil. 

lokasi dia bersebelahan dengan kedai motorsikal


jalan persiaran damai 1, 28000 temerloh

berhadapan dengan kubur cina temerloh

Menu istimewa adalah claypot patin tempoyak. Harga dia pun murah dan kalau rasa tak nak makan pati boleh try nasi ayam dan lauk-lauk lain pun disediakan. Kedai dia memang bersih kalau dibandingkan dengan kedai makan patin dekat area sungai. Nak parking pun senang tau.

pakej patin

pakej nasi ayam

lauk-lauk lain pun disediakan

Kedai makan ni beroperasi seawal jam 10 pagi sampai 5 petang. Kalau masa cuti sekolah diorang akan buka kedai ni sehingga malam. So kalau nak cuba ikan patin yang sangat sedap boleh la ke Claypot Patin Tempoyak di Temerloh. 
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

0 suka ayam goreng:

>
 
copyright by > Cikelyana