01 December 2012

Pekerjaan Paling Malas di Dunia

Assalamualaikum !

Alhamdulillah dah hampir sebulan dah start cuti sekolah. Rasa bahagia yang tak terkira la konon. hohoho . bangga btol yana. Cuti dah lama tapi hari ini baru nak update belog. Rasa macam dah bertahun-tahun lamanya dah tak update. 

Cuti ni pun tak kemana pun. Last-last jalan dekat area bandar satu hari lepas tu balik. Lepas tu makan. Lepas makan tido. Esok pun macam tu la keja yana hari-hari. Bagaikan tiada motif langsung. hakhakhak.

Tapi satu yang ni memang kerja yana. Pekerjaan paling malas kat dunia ni iaitu menjaga adik Qaireen. Sikit-sikit nak layan dia, Sikit-sikit nak kena bawak jalan. Tak bawak kan nanges lak. Ponim kepala den gini. Nasib baik la budak comel. Kalau tak dah lama dah baling buat main bola sepak. hahaha. sampai hati yana nak buat camtu. huh! Sayang Qaireen tau.

sayang adik Qaireen muncit. hahaha

Last week, pak sedara yana meninggal. Sempat juga yana tolong dia bawa pergi klinik sebelum arwah meninggal. Walaupun tak rapat mana dengan yana tapi memang sedih sangat bila dia tiada. Al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Rindu arwah mak gak. 
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

1 suka ayam goreng:

Unknown said...

dah lama menghilang..... patut ler dtg tadi nampak bersarang....he3...
comel Qaireen....
alfatihah jugak utk arwah bapa saudara tu.....

>
 
copyright by > Cikelyana