Assalamualaikum !
Kurang daripada sebulan lagi kita dah nak start cuti sekolah. Inilah masa yang paling ditunggu-tunggu oleh murid-murid sekolah tapi yana lagi gumbira kalau nak cuti sekolah. Apa taknya kaki dahku ini takkan melekat dirumah tapi melekat dekat kereta...hahaha..habis la keta ayah yana bedal nanti.
Korang kalau kaya sangat pergi la Mexico. Tengok pantai yang tersembunyi di Pulau Marieta. SubhanAllah ! memang unik sangat pulau ni. Tak pernah lak terbayang macam mana ada pantai yang sebegini rupa. Pulau ini terletak di luar perairan Puerto Vallarta, Mexico. Pulau Marieta ni juga dikenali sebagai mercu tanda semulajadi Banderas Bay.
pemandangan dari atas
Pantai kat sini sebenarnya terhasil daripada letusan gunung berapi. Pantai ini menjadi tumpuan para pelancong bukan sahaja kerana keunikan pantainya, malah lautan yang mengelilingi pulau ini bebas pencemaran dan sesuai untuk aktiviti riadah. Kalau korang nak snorkeling kat sini memang best la sangat..ecece..yana cakap macam yana pernah pergi je..hahaha
pemandangan dari dalam
So, lepas ni kalau dah kaya sangat dah boleh belanja yana pergi makan hangin kat Pulau Marieta ni....hahahaha.
2 suka ayam goreng:
Kuasa Allah yg maha mencipta......Amin
eh eh lawa gila! Lepas Eiffel Tower kena pergi sini ni x)
Post a Comment