08 May 2012

Homemade Chocholate

Salam. Memperkenalkan kepada korang semua coklat yang yana buat sendiri. Hahaha...bangga la konon sebab first time buat coklat sendiri. Rasa dia macam coklat cadbury..kehkehkeh. Sebelum ni teringin sangat nak belajar buat coklat ni sebab memang yana minat sangat-sangat. So my housemate pun ajar la yana macamana nak buat coklat ni. Senang je. Tutup mata pun boleh buat..hahaha

First korang kena beli chocholate compound ni. Macam yana guna jenama Beryl's Gourmet. Ni produk Malaysia tau. Coklat ni korang akan potong supaya senang nak cairkannya nanti.

coklat compound

Letak dalam periuk atau bekas. Pastu korang akan panaskan coklat ni secara double boiler. Contoh macam yana gunakan periuk dengan kuali. So yana akan letak air dalam kuali dan dan letakkan periuk di atas kuali yang berisi air tadi. So perlahan-lahan coklat ni akan cair. 

proses double boiler

Bila dah cair semua korang kena cepat-cepat angkat coklat ni dan masukkan dalam bekas. Bekas ni korang boleh beli dekat kedai yang menjual barangan untuk buat coklat. Macam-macam jenis corak korang akan dapat. 

bekas utuk letak coklat

Yana akan masukkan separuh sahaja coklat ke dalam bekas sebab senang  nak keluarkannya nanti. Sila jangan tengok budak ini buat kerja. Memang comot sebab nervous la konon...hahaha

sila ruang kosong dengan bersih...hahaha

ini lolichoc

Bila dah letakkan semua coklat dalam bekas terus pergi letak dalam peti sejuk. Bila dah keras boleh la korang start mencungkil coklat tadi. Ini adalah hasilnya. 

comel kan bentuk coklat ni

Haaa...kan dah cakap senang je nak buat coklat ni. Tapi kalau nak campur warna lain korang kena guna coklat putih pastu campur dengan colour yang dibenarkan. Tapi coklat putih ni manis sangat tau. Jangan makan banyak-banyak yer. Selamat mencuba!.

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

8 suka ayam goreng:

annie said...

wah, boleh lah mintak order dengan sis nanti. ;)

El Yana said...

@annie alamak! yana tak amik order la..saja buat suka-suka je

ainwaheeda said...

hummm yummy2! nak cuba buat jugaklah..!

El Yana said...

@ainwaheeda cuba la..senang je ni nak buat

sueLeira said...

boleh try buat nie.. :)

remyhazza said...

ingat yana yg buat chocolate tu dari koko...rupanya tukar bentuk jer....he3

Azrul Izwan said...

guna coklat masakan ke ? cri kt pasaraya xde pun

El Yana said...

@Azrul Izwan dekat kedai yg jual barang2 kek dan coklat ada. kat pasaraya xbnyk.

>
 
copyright by > Cikelyana