Salam. Wahh! Dekat seminggu yana tak update blog. Busy sangat dengan kerja sehingga malas nak update blog. Hahaha...bajet ada orang nak baca lettew blog yana. kehkehkeh. Blog pun macam berbeza sikit sekarang. Nak buat new post pun terkial-kial nak cari. Ingatkan kena virus ke hape tapi rupanya sebab dah diupgrade. Nak explore pun tak sempat lagi ni.
Last week yana pergi rumah housmate yana dekat Jerantut. So, kitorang mula la jalan sana jalan sini sampai tak henti-henti. Tapi yang best kitorang pergi Kuala Gandah dekat Lanchang, Pahang. Memula tak rancang pun nak pergi sana tapi dah sampai sana teruja gila la tengok gajah.
Errr..macam ketinggalan zaman je yana ni. Orang lain dah lama dah tengok gajah ini kan pula yana baru nak tengok. Eeeee...buat malu je yana ni..hahaha. Tak kesah la tapi memang teruja gila tengok gajah. Masa pergi sana tu kena daftar dulu so baru korang akan dapat sticker. Sticker ni untuk aktiviti apa yang korang boleh buat kat sana. Kami tak dapat naik gajah sebab sticker untuk naik gajah dah habis dekat budak-budak sekolah yang datang. Tak ape la. Dapat tengok gajah pun jadi la.
nak bagi makan gajah pun yana takot
takot-takot je nak bergambar...hehehe
gajah ni yana tak takot..hahaha
Lepas tengok gajah kitorang singgah dekat Deerland. Nak masuk dalam ni korang kena bayar RM6 seorang. Banyak binatang lain kat sini walaupun nama tempat ni Deerland. Ini pun first time gak tengok rusa. Yana pun tak tahu rusa ni dari Malaysia ataupun dari negara mana. Tapi rusa-rusa kat sini memang jinak.
Binatang lain pun ada gak macam burung Ostrich, arnab, ular, ayam serama, burung, kucing hutan dan lain-lain la. Kalau setakat nak kenal haiwan-haiwan ni boleh la bawak anak ke adik ke pergi sana. Tapi best sebab kita akan bagi haiwan ni makan. Makan sampai haiwan kat sana tu pun muak tengok muka kitorang ni...hahaha..
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka
burung ostrich yang garang...grrrrr!
rabbit yang comel macam yana...hahaha
2 suka ayam goreng:
waaaaaaa..... dah lama tak tgk binatang !!!!
@remyhazza pergi la tengok..huh!
Post a Comment