02 March 2012

Mencik dengan jerawat

Salam. 2 hari tak update. Busy lagi la tu. Rasa nak bersara je dari dunia blogging ni. Tapi sayang la. Lagipun yana suka sangat main blog dari main facebook. Seriously yana memang tak gemar sangat dengan facebook sekarang sebab banyak sangat orang suka mengherdik, memperli, memperlekeh dan tak kurang juga yang jadi batu api. Facebook dah jadi macam tempat meluahkan perasaan sehingga menimbulkan rasa tak selesa orang lain yang membacanya. Sebab tu sekarang yana memang jarang nak update status dekat facebook. 

Minggu ni sangat busy. dah la tak dapat balik kampung sebabnya ada cuti ganti esok sempena hari yang kitorang cuti waktu raya cina. Maka terkuburlah hasrat dihati untuk makan-makan dekat rumah, jalan-jalan dekat bandar...uwaaaaa...sedihnya!

Duk kalut dengan kerja dekat sekolah timbullah jerawat yang memang korang semua pun tak suka. Apatah lagi yana. Lagi stress lagi la banyak dia muncul. Geram gila. Nasib baik je dekat dagu. Kalau kat pipi memang geram gila la..hahaha. 


kan elok muka kita takda jerawat..huhuhu...

Kita memang tak suka dengan jerawat. Kita tak tahu lah nak pakai petua apa kalau nak kasi hilang. Korang mesti power tentang penjagaan muka ni. Please suggest la ape-ape produk yang korang guna untuk hilangkan jerawat. Yana ni kan bising betul la kan. Jerawat sebiji naik je pun dah riuh satu kampung...hahaha..


Kejap lagi nak pergi bandar Lipis. Nak jalan-jalan pusing bandar sambil makan-makan angin...hehehe..Nak keluar jap lagi nak tampal bedak banyak-banyak. So, jerawat tak la nampak sangat kan. Mencik betul dengan jerawat. huh! 

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

8 suka ayam goreng:

aliya atina said...

ceeee tampo jerawat tu . HEHHE

El Yana said...

@aliya atina ni petua ape ni?..hahaha

Fatin Diana said...

Hihi! Perempuan, biasa la. Memang tak suka bila ada jerawat.

Lieza Nordin said...

biasalh.. lelaki n prmpuan.. mmg xsuka jerwt.. kat blog saya ada tips.. p la tgk kalau rjin ^^

El Yana said...

@Dianaa memang semua pompuan tak suka la dengan jerawat..mencacatkan muka je...

El Yana said...

@AiSyA LiEzA insyaAllah t yana tgk..thanks yaaa!

Unknown said...

pi kat cermin.... tunjuk kat jerawat tu.....ckp kat dia
kau jgn keluar...kalau tak aku picit kau...he3

El Yana said...

@remyhazza hahaha...kalau la boleh jerawat tu nak dgr kata yana

>
 
copyright by > Cikelyana