20 February 2012

Ayat Mengorat Masa Kini

Salam. Korang terutamanya kaum lelaki nak mengorat pompuan zaman sekarang try cuba cara ni. Mungkin ayat-ayat mengorat di bawah ini efektif kepada wanita zaman ini. Yang dah kahwin tak payah gatal-gatal nak cuba..hahahaha



1. Ayat Mengorat Berlapik

Lelaki yang menggunakan ayat berlapik adalah seorang pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup menahan penolakan. Contoh ayatnya seperti :

“Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara am saja”.

“Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam you”.

“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Seterusnya terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu.

“Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Sebenarnya ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.


2. Ayat Mengorat Terus Terang

Hanya lelaki yang berkeyakinan tinggi sahaja mampu berterus terang. Antara ayat yang biasa di gunakan ialah 

“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat ini boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikat dan membuatnya tersenyum.

“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan kamikaze ini.

“I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power.

Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan..
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

6 suka ayam goreng:

Mizz ErMa said...

ayat pompuan mngorat lelaki pulak macam mana ye? hehehe

El Yana said...

@Mizz ErMa kalau lelaki kena tnya org laki mcm mn nk ngorat diorang..hahaha

Afiqah said...

hahaha baru tau :P

Unknown said...

tak boleh nk ngorat.....
takut yg kat rumah marah....he3

El Yana said...

@Detective Fiqa (◕‿◕)

El Yana said...

@remyhazza hahaha..padan muka!!!

>
 
copyright by > Cikelyana