Salam semua. Dah hampir setahun yana buat blog baru hari ini nak citer pasal diri yana. (eceh! bajet famous la konon. hakhakhak). Mesti korang tak percaya kalau yana cakap yang yana ni bakal cikgu. Weh! Yana seorang bakal cikgu la. (belum jadi cikgu lagi la). Tapi realitinya yana memang akan jadi cikgu. InsyaAllah. Wow! yana bakal menjadi seorang guru seni a.k.a Art Teachers. Korang boleh tengok hasil art yang yana sendiri buat kat >sini<
Yana sendiri tak tahu bagaimana yana boleh terjebak dalam bidang perguruan. Cita-cita asal kononnya nak jadi doktor. (ini lagi perasan..cita-cita zaman kanak-kanak). Hakikatnya yana tengok darah pun nak termuntah. yucksss! hahaha. Sebenarnya parents yana yang suruh apply cikgu. Tup tup lepas SPM dulu apply bidang ni dan terus masuk institut perguruan di utara. Sape cakap jadi cikgu ni senang? Meh korang try duduk kat sekolah satu hari, baru korang tahu bagaimana susahnya nak jadi cikgu ni sebenarnya.
5 tahun setengah di ipg kat utara memang banyak pengalaman pahit dan manis. Masa sekolah dulu kawan-kawan kita lain tau. Bila korang dah masuk alam universiti ni macam-macam korang akan jumpa. Jenis yang kaki ampu, kaki kikis, kaki buli, kaki merokok, kaki jalan, kaki tumpang dan yang paling bahaya ialah yang jenis diam-diam ubi berisi. Berhati-hatilah memilih kawan. Jangan pandang sebelah mata je. Pandang dengan dua-dua belah mata. Jangan jadi buta hati lak.
Yana pun dah banyak belajar dan sekarang ni pun yana dah tamat belajar dah bulan 11 hari itu. Interview pun yana dah pergi tapi tak tahu lulus ke tidak. InsyaAllah dengan berkat doa mak ayah dan kawan-kawan. Yana pun tak tahu bila akan dipostingkan. Walau ke mana saja yana dipostingkan, yana berdoa agar diri ini sentiasa melakukan yang terbaik semasa berada di tempat orang dan berharap sangat yana takkan jumpa dengan orang yang busuk hati dan penuh dengan hasad dengki.
yup! that's me. the pinky girl with speeky old school
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka
8 suka ayam goreng:
wah, selamat menjadi guru yana, mesti happening hidup ngan kerenah2 students tie;D
@bella lunahaha..memang happening tapi banyak dugaan
ehem. All the best ya! tips nk bgi murid cmerlang kasi homework. Tips nk bgi murid suka kat ckgu , jgn ksi homework.
mudah jer kan? haha XD jdi cikgu ni mncbar tau. lgi2 murid2 yg nkal.
@Miss Xyz haha..xnk kasi homework la bg murid suka kat cikge..dunia cikgu skrg mmg mencabar pown. zaman dulu lain. zaman sekarang lain..mcm2 hal
@Miss Xyz thanks tau bg tips yg berguna..hahaha
@Dewi Balkis xnk kasi homework mcm mana student nak pandai..hoho..
mesti comel jadi cikgu......
semoga berjaya mendidik anak bangsa nanti....
@remyhazza terima kasih..kamo pon comel jgk
Post a Comment