22 July 2014

Percutian bajet ke Cameron Highlands

Assalamualaikum !

Percutian kali ini ditemani oleh seorang kawan dekat ngan umah sewa yana. Kitorang pun dah ajak orang lain untuk berjimba-jimba sekali tetapi masing-masing menolak sebab malas kowt. Rasanya memang dah lama betol tak jejak kaki ke Cameron Highlands ni. Pastu duk teringat nak makan steamboat dekat sana. Pergi bulan puasa ni best tau. Satu jalan tak jem. Pastu buah strawberry peniaga jual murah sebabnya sape la yang nak jalan-jalan time puasa ni. So last week yana pergi 2 hari 1 malam pada cuti Nuzul Al-Quran. Disebabkan hujung minggu jem maka dahku sudah mengambil jalan selamat untuk pergi waktu ni. 

perkara petim mesti la kamera

Yana bertolak dari Lipis melalui jalan Sg. Koyan ke Cameron Highlands. Perjalanan cuma dalam 1 jam setengah je. Dalam pukul 5 lebih sampai terus jumpa kawan dekat Tanah Rata then pergi check in hotel. Memula tu dah call Hotel Chua Gin tanya ada bilik kosong tak. Rate hari biasa dapat la harga RM68. Murahkan pastu tanya member dia kata ada hotel bajet yang murah dekat Cameron Highlands. Kitorang check in hotel Emerald Inn dekat Brinchang sebelah je dengan hotel Chua Gin. Harga untuk satu bilik RM50. Murah sangat-sangat dah ni. Tak nak membazir duk hotel mahal-mahal sebab aircond memang tak guna dah kat sini. Korang hanya pergi untuk tidur je lepas tu berjalan sana sini. Rugi sangat kalau duk hotel mahal-mahal. Ni nombor hotel Emerald Inn 05-4915551 atau 019-5215151. Kalau nak stay Hotel Chua Gin boleh call 05-4911801

selesa dan tandas pun bersih

Settle bab hotel terus ajak member pergi Bazar Ramadhan dekat Brinchang. Jalan sikit je depan hotel kitorang. Yana memang pilih untuk stay dekat Brinchang sebabnya sejuk dah satu hal, lepas tu senang nak pergi mana-mana. ATM pun ada dekat sebelah masjid dan juga dekat petronas Brinchang. Lepas tu kitorang pergi dekat Restoran Glory 78 untuk makan steamboat waktu berbuka nanti. Restoran ni sebelah hotel De La Ferns dekat Tanah Rata. 

bangunan sebelah tu Hotel De La Ferns

Pakej berbuka puasa

Tak ramai hari tu

steamboat

Bagi yana harga dia murah sangat dah ni. Dia buat package berbuka untuk steamboat dapat harga RM25. Pakej ni korang akan dapat air sirap, kacang, bubur kacang, kuih, buah kurma, dan nasi goreng cina. Minimun adalah untuk 2 orang. Kalau hari biasa korang hanya makan steamboat dengan harga RM23 tetapi tiada side dish la yer. Makan la kitorang sampai tak larat nak habiskan stemboat tadi. Siap makan kitorang balik hotel dan rehat untuk jalan-jalan keesokan harinya pulak. 

Next day kitorang check out hotel dalam pukul 11. Destinasi seterusnya ialah semestinya Kea Farm. Yang ni wajib kena pergi sebabnya boleh dapat harga berkali-kali ganda murah. Yana beli bantal strawberry dan buah strawberry. Harga strawberry memang sangat murah time ni. Dekat 2 jam kot kitorang lepak kat sini membeli belah. Jalan pun tak jem. 

Kea Farm

Banyak pilihan dan murah

Satu bekas RM20

Dah siap turun pula ke Tanah Rata. Shopping lagi kat sana. Beli payung strawberry dengan harga RM10. Payung dia pun besar. Lepas tu cari keychain dan fridge magnet. Macam la tak pernah beli sebelum ni. hahaha. 

Last sekali kitorang melepak dekat Cameroon Valley Tea. Dekat 2 jam gak duduk sana sambil menikmati panorama yang indah disertakan dengan angin yang sejuk. Nak makan tak boleh sebab puasa tapi nampak juga sekumpulan budak-budak melayu dengan slumber badaknya minum di siang hari. Dia ingat dia tu cina ke hape. Rasa geram pulak tengok. ishhh. 

Ladang Teh

Jumpa lagi

Lepas tu bila dah rasa sejuk sangat cakap dengan member jom la balik. Sejuk sangat angin duk bersepoi-sepoi. hihi. Kitorang bertolak balik dan singgah bazar ramadhan di Sg. Koyan. Ingat kan besar tapi kecik je. Lepas tu tak banyak pulak orang yang berniaga hari tu. urmm. Tamatlah kisah pada kali ini. hihihi. Jadi kalau nak bercuti ke Cameron Highlands pergi waktu biasa. Jangan pergi time hujung minggu atau cuti sekolah nanti jem tau. 

Bajet Murah ke Cameroon Highlands

Duit minyak = RM 50 share 2 orang jadi RM25
Hotel Emerald Inn (2D1N) = RM 50 share 2 orang RM25
Steamboat 3 orang makan (RM25 x 3) = RM75 
Makanan sahur = RM12
Bantal Strawberry = RM25
Payung Strawberry = RM10
Fridge Magnet = RM2
Strawberry = RM20
Topi Cartoon = RM20

TOTAL = RM 164

Ok murah tak bajet yana kali ni. hihihi. Bajet sebelum gaji ni. miahaha. So semua benda kena cut. Selamat bercuti semua. 

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

7 suka ayam goreng:

Cik Itah@RRP said...

salam. seronoknya pergi cameron..sy teringin ..

El Yana said...

@Cik Itah@RRP pergi je la. bukan payah pun. hihi. jangan pergi time cuti nanti mahal

Sweethoneybelle said...

wah memang murhla kan bajet yana . . tu la ada dgar jugak pergi time ujung minggu memang kena kapak la kan . . better pergi hri biasa tapi hri biasa keja pulak . hahaha ;p

El Yana said...

@Sweethoneybelle Tau xpe. Harga hujung minggu mmg mhl. Jalan jem pulak tu

am_kirara said...

Memang btul2 bujet n murah berbaloi2..tq 4 info..

Fisya said...

wah seronoknya ke cameron...Best pegi dgn kwn@ boleh bajet2 kan.Jimat d situ..

Myra Jay said...

Selama berkali2 pegi Kemeren ni, tak pernah sekalipun pergi masa bulan puasa, takut sejuk2 iman tak kuat cepat lapo..hihiihi
Tapi bukak puasa pekena stimbot heaven kan :)

>
 
copyright by > Cikelyana