10 April 2014

Resepi puding triffle paling mudah

Assalamualaikum !

Antara fevret kita adalah masak puding sebabnya paling senang kat dunia . miahaha . Puding ni antara paling mudah nak buat sebab bahannya tak payah untuk kita dapat. Member yana request nak makan puding ni semalam, even banyak kerja nak buat tapi sempat lagi buat puding. Tak sampai 15 minit je tau. 

Bahan-bahan 

bahan dia tak banyak pun 

* 1 kek gulung atau boleh gantikan dengan kek apollo (perisa pandan sedap)
* 1 tin susu cair
* 1 tin cocktail
* 1 kotak jelly crystal cap nona (yana selalu pilih perisa rasberi, strawberry atau lime)
* 3 sudu besar gula
* 3 sudu besar tepung kastad
* 1 cawan air

Cara-caranya 

1) Potong kek gulung tadi dan susun dalam bekas.

sila susun dengan kemas dan jangan ada ruang nanti tak cantik

2) Sementara tu boleh buka cocktail dan toskan supaya air dia kering
3) Dalam kuali masukkan susu cair, gula dan tepung kastad. Panaskan dengan api yang slow rock

sila guna api yang kecil kalau tak nanti berketul la kastad tu

4) Kacau sehingga menjadi likat. Kena kacau sentiasa supaya kastad tak berketul tau. Bila dah likat tuang dalam bekas untuk second layer

tuang atas kek tadi dengan cepat supaya kastad tak keras

5) Biarkan seketika supaya kastad tu keras sikit. Next baru taburkan cocktail. Guna tangan je supaya rata.

pastikan air cocktail dah kering 

6) Next masukkan jelly crystal dan satu cawan air dalam periuk kecil. Kacau dan biar dia larut kesemuanya. Dah siap boleh tuang dalam bekas untuk layer yang ketiga. Sila rapatkan periuk dengan bekas supaya kastad tadi tak berterabur. Nak tambah strawberry kat atas puntak apa.

tuang jelly tadi pun dengan cepat . hehe

7) Dah siap biarkan dia sejuk dan boleh masuk dalam peti ais. Lepas tu sedia untuk di ngap.

jemput makan. yummy!

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

2 suka ayam goreng:

Petak Bunga said...

Lama dh x buat

Jari Manis said...

Hai! Salam kenal CikElyana : Akak JM singgah sini..woww...paling senang di dunia katanya..tp akak ni jenis malas...rajin mkana je..nak try lah buat heee

>
 
copyright by > Cikelyana