07 February 2014

Tips Percutian ke Krabi part 2 - Phi Phi Island

Assalamualaikum !

Yeay bersambung cerita ke Krabi. Hari pertama kitorang dah beli pakej untuk island tour dekat entri ni. So hari kedua bawa resit dan tunggu agent tu datang ambil dengan tuk-tuk. Pagi-pagi lagi kitorang turun breakfast dekat hotel, Semua yang disediakan kitorang sempat tengok-tengok makanan dia . Semua ada logo halal. Pastu dia bagi macam note suruh kitorang pesan nak apa. Last-last kitorang ambil roti, telur separuh makan, mentega, jem, ada nenas pagi-pagi lagi, pastu ada susu dengan koko krunch. Kenyang betol makan ek. 

budak kerek memilih untuk makan breakfast

Then pergi lepak dekat lobby sambil tunggu agent diorang ambil dekat depan hotel. Dalam kul 8.00 gak diorang datang dengan tuk-tuk. Semua omputeh kau. Huhu . kena speaking london kejap . hahaha. Dah sampai dekat depan kedai kitorang kena pergi dekat boat. Untuk pergi island tour ni korang boleh pilih samada naik speed boat ataupun long tail boat . Korang kalau nak adventure boleh la try long tail boat . Yana rasa boleh muntah kalau naik. Naik speed boat pun dah pening. Korang kena tanya betol-betol dekat agent tentang makanan halal ada tak diorang sediakan. Masa yana pergi tu memang dia sediakan makanan halal. lepas tu bagi free water mineral dan buah - buahan seperti tembikai dan nenas. 

kenderaan utama dekat sini adalah tuk-tuk

teruja naik tuk-tuk la konon

feeling omputeh la konon

yana cadang tak payah pakai topi la bila time macam ni

Banyak tempat diorang singgah untuk phi phi island tour ni . Lokasi pertama kitorang singgah dekat Bamboo Island. Gilos cantik pantai dia. Air sangat jernih. Rasa macam tak nak balik pulak. Kat sini korang boleh nak bermandi-manda. Snorkeling belum lagi. Bila turun boat tu sila ingat boat mana yang anda naik. Bukan boat korang je yang ada tau. Banyak boat tau singgah sini. 

Bamboo Island

air yang sangat jernih

mari bermandi manda di sini

amaran tsunami

tentera pun ada berkhemah di sini agaknya. 

Next kitorang pergi Viking Cave. Kat sini tak dibenarkan turun. Korang boleh tengok kawasan ni dari atas boat sahaja. Kat sini gua dijadikan tempat sarang burung. Kejap je singgah sini sebab pelancong-pelancong sekalian tak turun okeh. 

bayangkan kalau naik long tail boat time ombak macam ni

Viking Cave

Destinasi seterusnya kitorang pergi ke Pileh Bay. Kat sini pun kitorang tagkap-tangkap gambar je . Air dia lagi jernih. Memang cantik sangat la. Sebenarnya dah pening sangat sebab bila boat tu membelah air. Takot kot. 
ini la rupa long tail boat. boat tradisional. 

Piley Bay


Perhentian seterusnya kitorang berhenti dekat Maya Bay. Tempat ni femes sebab Leornardo De Carpio berlakon dekat sini dalam filem The Beach. Actually tempat ni beberapa tahun ditutup disebabkan oleh tsunami yang melanda. Diorang nak repair bukan main lama lagi. Rasanya dalam 4 tahun kot orang tu cerita. Dekat Maya Bay ni korang boleh mandi manda sambil tangkap-tangkap gambar sana sini. 

Maya Bay

Kena ingat mana satu boat yang korang naik

jumpa benda alah ni


boat kitorang

air dia langsung tak tercemar okeh

Lepas tu kitorang singgah dekat Phi Phi Don. Rasanya dia bagi masa dalam 2 jam untuk makan, berehat dan jalan-jalan dekat island ni. Rasa jadi macam orang pulau pulak bila tiba kat sini. korang boleh jalan-jalan sampai ke pekan dia la kot. En. B beli baju 3 helai dalam 300 baht. Satu berharga 100 baht. Murah tau.

kebanggaan orang thai

Phi Phi Don

ada juga kedai lukisan dekat pulau

jambatan dekat Phi Phi Don

Dah puas berehat kitorang pergi dekat Monkey Bay. Kat sini banyak monyet so tengok camtu je la. Lepas tu pergi snorkeling dekat Lohsamah Bay. Actually dua tempat dia berhenti tapi yana memang lupa ingatan. 2 kali snorkeling. Masa first turun untuk snorkeling yana dah takut sebab tak stable even dah pakai life jacket. Kali kedua dah bertaubat tak nak turun. hahaha. 

kita tengok saja orang snorkeling

korang bawa la roti banyak-banyak bagi ikan makan

snorkeling kali kedua

Dah siap snorkeling kitorang get ready nak balik ke pantai dekat Aonang. Dalam 4.30 petang gak kitorang sampai. Pastu encik agent tu hantar balik hotel. Siap-siap nak keluar makan dekat kedai yang halal area McDonald. Tak ingat nama kedai tu tapi dia punya pizza sangat sedap sampai nak menangis dibuatnya. haha. Kitorang pesan pizza, sandwich, tom yam goong (orang suruh try yana try makan), air dah lupa. So total untuk makan malam kitorang habis dalam 600 baht. 

sandwich En. B

rupa tomyam goong

the pizza yang super delicious

Lepas tu kitorang jalan-jalan dekat area pantai untuk cari souvenier untuk family. Korang kena tawar menawar juga dekat sini tau. Harga memang dia letak mahal. Untuk t-shirt kitorang beli dua. Satu harga 150 baht. Baju untuk 2 orang ayah dalam 600 baht. Baju untuk ibu dan wan dalam 450 baht. Beli fridge magnet dan keychain dalam 200 baht. Beli topi untuk dua orang dalam 500 baht. Lepas tu balik jalan kaki ke hotel dan terus tidur sampai tak sedar diri sebab letih sangat. 

Total hari kedua 

baju t-shirt di phi phi don = RM30.00
makan malam (pizza, sandwich, air, tom yam goong) = RM60.00
souvenier = RM 125.00
topi = RM 50.00


Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

8 suka ayam goreng:

Anonymous said...

salam boleh tahu x travel agensi mana awak guna? sy pon nk p krabi ni..tp tak geti..tgh baca blog awak la ni.hehe

nnti reply kat email eh..thanks

putriville@gmail.com

El Yana said...

@Anonymous kat sana nanti cari je org yang pakai tudung tu

Anonymous said...

salam..sis nk tnye lh awak guna agensi mne yer percutian di krabi..cdg nk g bln 2 2015...

El Yana said...

@Anonymous saya xguna mana-mana agensi . travel sendiri je ni

El Yana said...

This comment has been removed by the author.

nabila huda said...

sis sy nk tanye kalo nak g pulau2 to kan sis book mase dh smpai krabi ke book awl2 masa kt sini.untuk boat,snokerling semua to.tq sis for info.

nabila huda said...

sis boleh tau mcm mane sis book boat ke pulau2 to.tq

El Yana said...

@nabila huda book je bila sampai kat sana nanti. jgn book dkt aiport. mahal kat situ. pergi je penginapan kat area pantai tu. kat sana bnyk pilihan nak pilih pergi mana.

>
 
copyright by > Cikelyana