05 February 2014

Tips Percutian ke Krabi part 1

Assalamualaikum !

Dah dekat 2 bulan baru nak update dekat belog. miahaha. Ok mengaku sebab tak dan masa lepas tu sibuk dengan pengajian then sibuk dengan exam di tambah pula dengan asaimen. pheww ! sibuk btol yana kan. 

Percutian ke Krabi ni dah lama dirancang dan semua diuruskan oleh yana sendiri dari tiket flight, hotel dan En. B pergi membawa diri sahaja . miahaha . dia memang macam tu. Abaikan sahaja. Trip kali ni bajet untuk cukup-cukup makan sahaja. Masa pergi sana kami dah convert siap-siap duit baht. Kami bawak dalam 1400 baht = RM1400. Untuk hotel dan flight dah bayar siap-siap. 

Passport
Sebelum fly mana-mana negara make sure korang punya passport masih bernyawa sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat tempoh. Nak buat passport sekarang pun dah mudah. 2 tahun boleh dapat RM 100. Cepat pulak tu . Tak sampai 2 jam korang boleh dapat. 

Tiket Flight
Yana memang selalu duk usha harga flight ke Krabi guna airasia. Kalau tak silap yana hanya airasia je yana penerbangan ke Krabi. MAS tak ada okeh. Kalau dapat harga promotion untuk ke Krabi terus yana grab. Selalunya diaorang ni buat promo hari jumaat. Ada sesetengah orang tu dapat harga tiket RM10 je. Nangis kau di situ tapi yana tak dapat. Tiket ke Krabi yana bayar RM596.40 untuk dua orang pergi dan balik termasuk dengan tax, baggage utk 25kg. Kalau sorang dalam RM300. 

Hotel 
Sebelum sampai yana booking guna agoda je senang. Nak kata murah tu tak la sebabnya yana booking lambat. 4 hari sebelum bertolak baru booking hotel. Bila booking last minute baru menyesal sebab dengan harga hotel yang yana bayar boleh dapat hotel yang lagi mewah. Menyesal tau lepas tu kebanyakan hotel dah fully booking. Hotel yang yana duduk adalah Aonang Gooodwill Hotel. Kebanyakan blogger suggest hotel ni. Rate boleh dapat RM50 tau tapi masa yana booking dapat RM150. Total untuk 4 hari 3 malam yana bayar RM450. 

lobby hotel Aonang Goodwill

bilik dia luas dan selesa

bilik dia pun cantik

ada bath tub lagi

sinki pun bersih

hotel kat sini dekat-dekat je. yang ni sebelah hotel kami je ni

Yana pilih flight ke Krabi ni waktu pagi. Rugi la kalau sampai lambat. Nak merayau-rayau pun rasa macam tak sempat. Pukul 5 pagi dah bertolak dari umah mak sedara En. B dekat KL. Pastu En. B suruh adik dia hantar ke LCCT. Walaupun pagi macam ni ramai gila orang. Flight ke Krabi ni ambil masa dalam sejam 15 minit. Yana siap makan Nasi Lemak pak Nasir lagi dalam flight . Lapar punya pasal. Kitorang bertolak pukul 7.15 pagi dan sampai kat sana dalam 8.30 pagi. Kat Krabi lambat sejam so bila sampai kat sana baru pukul 7.30 pagi. 

Sebelum menjelajah Krabi memang yana dah review banyak blog yang dah travel ke sana. So pagi tu yana amik transport shuttle bus untuk ke Aonang. Aonang adalah destinasi yang sebenar okeh. Kalau korang pergi dekat pekan Krabi tu bukan ada apa pun. So jangan duk book hotel dekat bandar dia. Sila book dekat Aonang. Kami naik shuttle bus dengan harga 150 baht. So total untuk dua orang 300 bath (RM30). Naik bas sebab nak tengok pemandangan dekat Krabi ni. Korang bagi tahu je nama hotel yang korang menginap so dia memang berhentikan korang betul-betul depan hotel. Bila dah sampai hotel kami tak boleh nak check in lagi sebab orang tak keluar check out lagi. So kami letak barang-barang dekat hotel lepas tu sewa motor ni dengan harga 250baht. Lepas tu keluar pergi makan dan jalan-jalan sekitar pantai dekat Aonang. Sempat juga kami beli simkad happy untuk tourist 49 baht. Total untuk 2 orang jadi la 98 baht.

aiport dekat krabi 

tiket shuttle bus ke aonang

muka happy naik shuttle bus. ada aircond tau 


ni la padthai sama macam keow teow goreng je cuma kecil sikit

udang goreng tepun 50 baht 

Lepas makan balik check in hotel. Petang tu pulak kitorang pergi survey untuk island hopping. Korang pergi la survey banyak tempat sebab harga dia berbeza tau. Kitorang amik pakej ke phi phi island dengan harga 1000 baht (RM100) dan pakej jungle tour 1000 baht (RM100). So total untuk kedua-dua pakej bagi 2 orang 4000 baht (RM400). 

pakej kat kedai ini kitorang amik sebab murah sikit dari kedai lain

price boleh tawar menawar lagi

masa nak bayar jangan lupa ambil resit 

Lepas tu kitorang cari makan dekat gerai tepi jalan sebab nak makan pancake Yaminlah . Dia punya pancake memang sangat sedap sampai kan nak menagis makan sebab memang sedap gila. Dah la murah. Kitorang makan 2 pancake chocholate dengan harga 30 baht satu. Tambah dengan air semua jadi la 75 baht (RM7.50). 

semua motor ni boleh sewa. nak senang cakap je dengan pihak hotel

kitorang guna motor untuk satu hari 

ini lah kedai pancake makcik yaminlah

senarai harga memang dia letak besar-besar camni. pilih saja

ini lah makcik yaminlah boleh cakap melayu tau 

fevret kita pancake banana chocolate

Malam kitorang pergi makan dekat restoran Sareefah. Restoren ni halal tapi mahal la. Dah la kurang sedap. Yana tak reccomend la kalau korang nak makan kat sini. Kedai dia dekat area masjid. Total campur tolak bagi darab kitorang bayar dalam 300 baht. 

tanda halal dia macam ni

nasi goreng apa tah. dah lupa da

yang ni nasi goreng udang. tak sedap. 

Total hari pertama 

shuttle bus (2 orang) = RM 30
makan pagi (pad thai, nasi goreng, air, udang goreng tepung) = RM20
island hopping 2 orang (phi phi island + jungle tour) = RM400
pancake yaminlah + air = RM 7.50
sewa motor = RM 25
makan malam = RM30
2 simkad happy = RM9.80

TOTAL = RM522.30

Tips ke Krabi part 1
Tips ke Krabi part 2
Tips ke Krabi part 3
Bajet Murah ke Krabi 

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

18 suka ayam goreng:

wan said...

Salam..frust x dpt rasa pancake yaminlah..cari tp x jumpa..huhu

wan said...

Salam..x jumpa pancake yaminlah ..frust x dpt rasa

El Yana said...

Wslm. Rugi tol xdpt rasa. Kdg2 kedai dia kat tmpt lain. Kena pandai2 cari gak

sn farhana said...

bestnya g krabi.. tak sabar rasanya nak ke sana ni.. Anyway tq review pasal hotel dan bus ke hotel tu. really helpfull sbb banyak baca review dorg naik kereta so bayar mahal sikit.. tp tgk review liyana pasal bas tu, nmpk ok, then blh jimat lagi kn.. tqtqtq

Anonymous said...

Salam..nak tanye, macam mane nak cari travel agent ye..bole dptkan contact x..huhu
Ni email saya:nurul112@yahoo.com

El Yana said...

@Anonymous sorry saya tak ada contact agent . pergi survey sendiri je dkt sana

El Yana said...

@Hannah Aziz naik bas lagi jimat . bknnya lama sangat pun. kalau ada duit lebih boleh la sewa kereta

hafizajamal said...

Assalamualaikum nak tanya la sewa motor kene ada lesen antarabangka ke

El Yana said...

@hafizajamal xperlu lesen pun. setakat duk ronda kawasan ni je

Unknown said...

Salam sis.. hotel yg sis book tu.. adkh masa book tu trus byr @ masa smpai sna bru byar? Sis blh x email kpd sy d ummisohaimi@gmail.com

Unknown said...

salam k.yana..nk tnya somtim psal krabi ni..sy ad book hotel untk g krabi..tp bla klik book and pay later dieorg mnx jenis byaran.. sy nk gna m2u..cam mana ye ?bolh x k.yana jwab n email kpd sy personal d ummisohaimi@gmail.com..tq k.yana

El Yana said...

Trus je pay. Masa booking agoda terus byr online. Nanti dia akan hantar kat emel untuk print hotel yg kita dah book. Bila sampai sana nanti tunjuk kat pihak hotel dan dia akan minx deposit. Dah tak ingat dah berapa tapi dia akan pulangkan balij masa kita check out nanti

El Yana said...

Boleh je guna m2u tu. Nanti ikut step by atep cara buat byrn. Dia akan keluar nanti

Unknown said...

Nak booked Aonang Gooodwill Hotel pakai maybank2u boleh tak ?

El Yana said...

@Syazana Jamal rasanya boleh guna debit atau credit card je kot

HARIRE AB HAMID OFFICIAL BLOGGER said...

salam.. kak.. blh bg tips kat saya tak.. saya x reti nk book tiket flight plus hotel ... saya nak ke krabi.. help please.. pening dah ne

El Yana said...

@HARIRE AB HAMID OFFICIAL BLOGGER untuk tiket flight boleh je booking dekat airasia atau pun mas. untuk hotel boleh view dekat web agoda.com ataupun trivago . kalau tak nak pening boleh ke laman web airasia go so boleh booking tiket flight dgn hotel sekali gus

El Yana said...

@HARIRE AB HAMID OFFICIAL BLOGGER cuma airasia go ni mahal la sikit sbb kira per person

>
 
copyright by > Cikelyana