08 February 2014

Tips ke Universal Studio Singapore

Assalamualaikum !

Mari ke USS Singapore. Best sangat-sangat wa citer sama lu. Kali pertama pergi memang nak pergi lagi. Sebenarnya tak rancang pun nak pergi sana tapi MIL sibuk duk bertanya nak pergi sana so kita apa lagi ibarat orang nak tidur disorongkan bantal. Yana book hotel guna agoda dan tiket ke USS yana beli secara online. 

Hotel

Yana bertolak ke JB dari upsi perak. Lepas habis kelas terus bertolak. Lama betul duk atas kereta sampai lenguh tulang-tulang kita. miahaha. Bila sampai terus check in hotel dekat JB City Hotel dekat Skudai. Kitorang booking guna agoda dan pihak hotel minta deposit RM50 untuk setiap bilik. So total jadi RM100 la. Duit ni akan dipulangkan balik selepas kitorang check out. Harga sebilik lebih kurang RM90. Dia punya condition memang not bad. Bilik pun luas. 


Kitorang ambil 2 malam untuk 2 bilik so total jadi dalam RM360. Kenapa ambil hotel ni? Sebabnya dekat nak naik bas untuk ke USS Singapore dekat Tune Hotel. Kitorang tak nak book hotel dekat tune sebab mahal dan satu lagi bilik dia kecil. Hotel lain yang dekat-dekat area situ adalah Zoom Inn Boutique Hotel. Tapi hotel ni mahal sikit tau. 

Bas Odyssey

Kitorang sekeluarga pergi naik bas odyssey untuk pergi USS. Korang boleh contact encik Sufian (072323092/ 0197525077). Ada 2 time untuk pergi ke USS kalau korang naik bas. Satu pukul 7.30 pagi - 7.30 malam. Dan satu lagi 10.30 pagi - 10.30 malam. So better amik yang pukul 7.30 pagi sebab bila dah sampai sana pun dalam kul 9.30 pagi dah . So tunggu kejap boleh masuk terus dalam kul 10.00 . So tak de la korang berebut sangat nak main kat dalam USS tu . Sila booking bas dengan lebih awal takut penuh. Harga tiket pergi dan balik RM30 untuk seorang. 5 orang jadi la RM150. Nak contact melalui fb Odyssey Danga Bay pun boleh. Diorang pun ada jual tiket gak rasanya.

Tiket ke USS Singapore

Tiket kitorang beli online juga . Kalau pergi walk in takut dah sold out. Harga tiket bagi dewasa RM 185 dan untuk kanak-kanak RM 165. Kalau nak beli online boleh review dekat sini. Kalau time promotion boleh la dapat murah sikit if ada kad kredit. Yana beli guna MasterCard Exclusive dapat la harga tiket dewasa RM 158. So kanak-kanak macam biasa la dapat RM135. Total untuk 3 dewasa 1 kanak-kanak kitorang bayar RM 609. Pak mertua tak ikut sebab dia just nak ronda-ronda area Singapore je. Bila dah book tiket dia akan hantar e-ticket dekat email. Korang print je dan bawa ke USS.

kaunter tiket dekat USS

Dollar Singapore

Kitorang sebenarnya tak tukar pun duit sebab dah sampai malam tu kedai untuk tukar duit dekat plaza angsana dah tutup. Sob sob so memang berserah je la pergi USS Singapore tanpa satu sen pun duit Singapore. Rate untuk duit Singapore lebih kurang $1 = RM2.50. Mahal kan duit singapore. Dia guna dollar tau. 

USS Singapore

Bermula la hari kejadian untuk ke USS Singapore. Kitorang bangun pagi-pagi lagi dan park keta area Tune Hotel. Kat sana pihak bas akan kasi kita satu borang untuk diisi sebelum masuk ke negara Singapore. Last City korang tulis Johor Bharu tau. Jangan lupa bawa passport. 

Bila dah naik bas korang akan berhenti dekat 2 checkpoint. Satu dekat imegresen malaysia dan satu lagi dekat woodland untuk imegresen singapore. Kena bawa turun semua barang untuk dicheck dekat imegresen. Memang penat sikit sebab nak kena jalan dah satu hal pastu nak kena beratur pulak. Jangan risau kalau korang naik bas sebab pak cik driver memang akan tunggu korang. 

So next welcome to Singapore. Yeah kitorang sampai dekat USS dalam pukul 9.30 pagi. Apa lagi pagi pergi tangkap-tangkap gambar dulu depan USS pastu baru kitorang beratur untuk masuk ke USS. Tiket korang bawa keluar siap-siap supaya senang diorang nak check. Kalau nak bawa masuk makanan pun diorang tak check pun. Korang amik pamplet kat sebelah kiri tu dan kaji selidik dulu nak pergi mana. Orang cakap mulakan di sebelah kiri dulu tapi yana main hentam je dulu sebab nak main yang orang kena beratur panjang dulu. 

main entrance


study map yang diambil dengan teliti ye

gambaran keseluruhan

Hollywood 

Kat sini yana tak singgah pun sebab tak ada yang menarik. Kalau nak tangkap gambar dengan karektor kat situ boleh la kot. Kitorang tak ada la nak beria sangat singgah sini. Korang boleh tengok Pantages Hollywood Theathers. 

tak tengok pun yang ni

Madagascar

Bahagian ni rasanya sesuai kot untuk kanak-kanak sekolah rendah tapi yana main hentam je. Masuk je la sebab kita dah bayar mahal. Attraction dekat sini korang boleh naik A Create Adventure menaiki boat ride dengan karektor Alex, Marty, Melman and Gloria. Ada satu part yang membuatkan korang terperanjat sebab kena lalui air yang mencurah-curah. Sebenarnya nak kasi korang terkejut je pastu dia akan tutup laluan air tu bila korang lalu. So tak payah risau memang tak basah punn. Next boleh try King Julien's Beach Party Go-Round. Kat sini boleh feeling-feeling macam citer korea sambil naik kuda ke hape dengan iringan muzik. 

King Julien's Beach - Party Go Round

spot me. miahaha.

A Create Adventure

banyak seat ok so don't worry memang tak tenggelam

Far Far Away

Masa kitorang singgah kat sini tak tahu kenapa pekerja dia nak bercakap mic diorang rosak. So tunggu punya tunggu tak dapat juga settle. Sekali pekerja dia kena boo dengan pelancong lain. So kitorang tak dapat nak tengok Shrek 4D Adventures. So terus bla pergi tempat lain. Attraction lain ialah Donkey LIVE, Enchanted Airways (korang naik small roller coaster) dan Magic Potion. 
Welcome board

Far Far Away

Donkey LIVE

Shrek 4D Adventures

Magic Potion
Enchanted Airways

The Lost World

Tempat ni merupakan tempat pertama kitorang main. Kitorang main Jurassic Park Rapid Adventures. Korang kena naik boat dan benda tu akan memusing atas air. Kemungkinan untuk basah memang ada. So kitorang decide pakai rain coat. Water World tak dapat tengok sebab hari nak hujan. So show dibatalkan walaupun kitorang dah lama tunggu. Next kitorang main Dino-Soarin. Kalau nak terbang tinggi kena picit butang dia. Amber Rock Climb tak tahu pulak kat mana. Then naik Canopy Flyers boleh kecut perut. 

Amber Rock Climb

Canopy Flyers
Dino-Soarin

Jurassic Park Rapid Adventures

menda ni memang akan berpusing

Water World

dapat bergambar dengan pelakon dia pun jadi la

Ancient Egypt 

Kat sini korang terasa macam duduk kat padang pasir sebab boleh tengok binaan dia macam kat Mesir. Attraction kat sini korang boleh main Revenge of The Mummy. Boleh tercabut jantung kalau main roller coaster indoor ni. Serius sangat adventure. Kalau korang nak main lagi boleh beratur dekat bahagian single rider so banyak kali la korang boleh naik. Treasure Hunters ni biasa je sebab korang naik macam kereta golf pusing-pusing sekejap je. 

nak juga dahku letak gambar ni. miahaha


gilos tinggi

Revenge of The Mummy

Treasure Hunters

Sci-Fi City

Kat sini memang adventure gak dia punya permainan. Banyak transformer korang boleh tengok dan bergambar dekat luar. Attraction ada Accelerator, Battlestar Human Galactica HUMAN, Battlestar Human CYLON. Semua tak naik sebab ramai sangat duk beratur dan roller coaster semua tutup. Kitorang naik Transformer The Ride. Korang akan bersama-sama dengan Optimus Prime dalam pengembaraan yang mendebarkan. Yana tutup mata je kat sini sebab pening. hahaha.

Sila beratur kalau nak bergambar

Sci-Fi City

Accelerator

Transformer The Ride

CYLON biru HUMAN merah

New York 

Area sini kitorang tengok Light, Camera, Action Hosted by Steven Spielberg. Korang boleh tengok macam mana nak mengarah filem dan aksi-aksi yang mendebarkan dalam filem. Korang boleh rasa ribut, terbakar, angin dan tingkap pecah memang best la. 

Light, Camera, Action Hosted by Steven Spielberg

Sesame Street

Sesuai untuk kanak-kanak 

Untuk makan tengahari kitorang pergi makan dekat Oasis Spice Cafe. Yang ni memang halal sebab india muslim yang handle. So korang akan dihidangkan makanan ala mamak la gitu. Cafe dia dekat area Ancient Egypt. Kitorang tak bawa duit singapore so kitorang guna kad kredit. Kitorang ambil nasi beriyani 2 dalam $15 sepinggan. Tambah dengan 2 bottle air mineral dan air tembikai rasanya. Kalau calculate habis dalam RM120. Antara restoran halal yang ada kat USS Singapore adalah Mel Drive-in, Gordilocks dan Marty's Casa del Wild. Kalau tak sure cuba tanya dekat studio guide. 

Tempat solat pun dekat Ancient Egypt ada. Korang tengok bahagian belakang tu memang disediakan tempat untuk solat tapi ruang dia memang kecil la. Rasanya dalam 5 orang je boleh masuk dalam tu. 

Untuk toilet pulak memang yana tak masuk tapi dicadangkan korang bawa botol kosong untuk masuk tandas sebab dalam toilet tak ada air okeh. So ambil air kat luar dan boleh la korang masuk dengan senang hati. Sila bawa rain coat sendiri. Nak beli kat sini mahal kau. Beli kat watson atau giant. 

Petang tu dia ada show dekat area New York. So boleh la duduk tepi-tepi jalan sambil menikmati show dan perarakan. Disarankan untuk korang memakai selipar jepun je sebab letih kot nak jalan sampai ke petang. Menyesal betol pakai selipar wedges. Sakit kaki sampai nak nanges. 

Hollywood

Shrek

Egypt

Takkan nak balik macam tu je kan . So before bertolak balik sempat singgah kedai souvenir dekat depan pintu masuk. Yana beli fridge magnet $6.90 dan keychain $9.80. 

Bajet Murah ke USS Singapore

Tiket Ke USS (3 dewasa 1 kanak - kanak ) = RM 609.00 untuk kitorang bayar = RM 316
Hotel kat JB City untuk 2 malam 2 bilik = RM 360.00 (pak mertua belanja)
Tiket bas Odyssey untuk 5 orang = RM 150.00 
Makan tengahari kat Oasis Spice Cafe = RM 120.00 (kad kredit En. B)
Fridge magnet = RM17.25
Keychain = RM 24.50

TOTAL = RM 1280.75 ( untuk satu family)

So untuk kitorang hanya keluarkan duit RM 627.75 untuk 2 orang . So bagi dua dengan Encik B dapat la dalam RM 313.00 seorang. Okeh jimat tak. miahaha. 

Peringatan sebelum masuk ke Singapore
* jangan bawa chewing gum
* jangan bawa newspaper
* jangan bawa rokok lebih sekotak. kalau bawa lebih bagi je kawan-kawan pegang dulu

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

11 suka ayam goreng:

Hanis Nizam said...

kak, part bapak mertua belanja tu best gile k. hihi. bestnyaaaaaaaaa dpt pegi USS

El Yana said...

@Hanis Nizam hehe. memang kalau semua orang belanja

fateema dzulkifli said...

Seronok baca ni. Detail jugalah.akak nak peegi dengan anak2 bulan depan. Thanks tau. Banyak info

El Yana said...

Pergi la . Mmg sgt2 best

Anonymous said...

@El Yana sis kalau masuk tapi tak main pun pakai ticket ka?

Anonymous said...

lama x nak beratur untuk satu satu game dia..kalau musim cuti sekolah

El Yana said...

@Anonymous lama gak beratur. tapi kalu beli tiket yg express tu cpt je tp mahal sikit la. pastu kalau cuti sekolah mmg ramai sgt org. pergi hujung minggu la senang . kalau masuk dan tak main pun mmg kena beli ticket jugak . dia akan check dkt kita mula2 nak masuk .

jessica s. said...

Good sharing. Thanks. By the way, if anyone interested to buy Entrance Tickets of Singapore at promotion price - you can also contact me. :) My location in Johor Bahru. All kinds of tickets available such as: USS - SEA AQUARIUM - NIGHT SAFARI - CABLE CAR - SINGAPORE ZOO - MADAME TUSSAUDS - WINGS OF TIME - GARDEN BY THE BAY & etc! Visit Love Travel on Facebook! CLICK here >> www.facebook.com/lovetravel86
From: JESSICA HP: +6017-7055381 EMAIL: jessica.travel8686@gmail.com

Syera said...

Plan nk p thn ni ;)

Tapi nk tnya, kalau yg hat tmpt yg main2 tu, kna bli tiket baru ke cane? Ke dh include skali semua kt tiket mse msok?

El Yana said...

@Syera semua dah termasuk sekali dah

jessica LT said...

I am selling USS ticket now at 65 dollar (adult) & 50 dollar (child). Can pay in RM too. Do contact me if interested.
.
Jessica
+6017-7055381
jessica.travel8686@gmail.com
LOVE TRAVEL at
www.facebook.com/lovetravel86

>
 
copyright by > Cikelyana