09 February 2014

Resepi coklat cheese kek yang paling mudah

Assalamualaikum !

Miahaha . Semua ayat kena cakap mudah sebab yana memang tak suka nak buat resepi yang payah ni. First time buat terus jadi dan Encik B puji macam dah masterchef dah dahku masak kek. miahaha. Resepi memang senang sangat dan bahan dia pun tak susah nak dapat memandangkan dahku duduk di tempat yang mahal segala barang dan payah untuk mendapatkan bahan-bahan yang kompleks. 

ok memamg comot tapi sedap. miahaha


Bahan-bahan Kek Coklat

* 1 cawan gula
* 1 cawan serbuk koko 
* 1 cawan susu pekat
* 1 cawan susu cair 
* 1 cawan minyak masak 
* 3/4 cawan tepung (diayak)
* satu sudu kecil soda bikarbonat 
* satu sudu kecil baking powder 
* 4 biji telur gred B (blend je senang)

Cara membuatnya

1) Campurkan gula, serbuk koko, susu pekat, susu cair dan minyak jagung dalam periuk yang kecil di atas api yang sederhana. Kacau sampai berkilat dan semua bahan sebati.
2) Telur korang blend je semua
3) Bila dah berkilat korang curah dalam mixer untuk campuran tadi
4) Masukkan soda bikarbonat dan baking powder
5) Masukkan telur dan tepung secara berselang seli
6) Bila dah sebati semua boleh la bahagikan kepada 2 bahagian

Bahan-bahan Cheese Kek

* Satu buku cream cheese (ala yang macam buku sabu basuh tu). Nak guna philadelphia pun boleh. 
* 1 cawan gula kastor (blend je gula biasa)
* 1 biji telur
* 1 sudu besar tepung
* 1 sudu besar air 

Cara membuatnya 

1) Sementara tu boleh la korang panaskan pengukus dahulu. 
2) Basuh mixer tadi untuk buat cheese kek pulak
3) Cream cheese boleh keluarkan sejam awal dari peti sejuk
4) Masukkan cream cheese dalam mixer dan kacau
5) Tambahkan gula kastor dan kacau lagi
6) Masukkan telur, tepung dan air satu sudu.
7) Kacau sehingga sebati.

Cara untuk mengukus coklat cheese kek

1) Tadi kan dah panaskan pengukus lebih awal
2) Jangan lupa balut penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis
3) Bekas untuk dikukus disapu dengan sedikit marjerin
3) Kek coklat tadi dibahagi dua. Masukkan bahagian yang pertama dan kukus lebih kurang 15 minit. 
4) Bila dah sedikit keras boleh masukkan cheese kek tadi dalam masa 15 minit.
5) Last sekali bila cheese dah masak sikit boleh masukkan bahagian kedua kek coklat.
6) Kukus sampai masak. Nak tau masak ke tak boleh cucuk dengan garfu dan kalau berminyak still tak masak lagi.
7) Dah masak biarkan seketika dalam pengukus
8) Keluarkan dan sejukkan di luar. Lepas tu bila dah sejuk masuk dalam peti sejuk
9) Last sekali makan. miahaha. 

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

5 suka ayam goreng:

fiqah said...

sdpnya

http://sihatrampingtk.blogspot.com/

| CIKZEK | said...

beshnyaaaa. suke kek coklat. huhu tp nk buatnye malas. beli jer. kikiki

Alia Laila said...

Saya pun pernah buat kek ni sedap kannn. Hihi :D

El Yana said...

@Alia Laila kalau makan lagi sedap .

Ain Beautiful House said...

Superbbb...
www.ainbeautifulhouse.blogspot.com

>
 
copyright by > Cikelyana