14 July 2012

2 orang je boleh tolak kereta api

Assalamualaikum !

Berapa kali dah korang naik kereta api ? Huh! Kalau yana jawab yana pernah naik sekali sahaja kereta api ni. Best tetapi kadang-kadang memeningkan juga bila naik kereta api ni. 

Pernah dulu masa zaman sekolah yana kena tipu dengan abang yana. Maklum la yana memang tak pernah tengok kereta api sebelum. Seriously memang yana tak tahu pun yang kereta api ni ada dua jenis. Satu yang bawa penumpang dan satu untuk keretapi barang. 

Masa tu family kitorang pergi Perlis nak beli tiket kereta api untuk abang yana balik ke Perak. Lepas tu tetiba kan kereta api datang. Dengan bangganya tanya abang yana ini ke kereta api. Pastu abang yana pun cakap la yang ni la kereta api. Yana pun pelik dah kenapa kereta api ni tak ada tingkap lak. Pastu abang yana pun gelak. Dia kata yang ni kereta api barang la. Hahaha. bengap tol yana ni kan. Mana la yana tau ada untuk keretapi jenis bawa barang. 

Huh! Tau tak korang keretapi ni boleh tolak dengan tangan je tau. 2 orang pun dah cukup untuk menolak keretapi. Yang ni memang yana tak tipu macam abang yana. huhuhu. Yana tak tahu pun macam mana kereta api ni nak berpusing. Tapi sejak duk kat Lipis ni macam-macam menda dah yana tengok. huh!. Masa ni yana tak sengaja tengok. Tiba-tiba kepala kereta api ni tercegat dah kat depan mata. Tinggal kepala dia je tau. Badan dia tinggal kat mana tah. 

Bahagian kepala kereta api 


Kereta api ini akan masuk dekat landasan yang dah disediakan tau. Masa ni 2 orang je yang tolak kereta api dan 2 orang lagi dekat belakang. Rasa macam nak pergi tolak sekali ngan diorang la pulak. Berangan btol yana ni. Maunya patah tangan kat situ. 

Bila dah tolak automatik la kereta api tu memusing. 

Masa ni keretapi dah berada di tengah-tengah

Ini adalah bahagian depan keretapi

Siap. Ready to go. Bye bye!

Baru yana tau rupanya macam ni je kereta api ni berpusing. Masa dulu siap boleh bayangkan macam mana la keretapi yang panjang tu nak berpusing. Agaknya kena sediakan tempat macam airport kot baru boleh pusing badan dia. Sebenarnya mcam ni je dia berpusing. Patotlah kadang-kadang kita tengok kereta api bergerak ke depan dan kadang-kadang bergerak ke belakang. Macam ni rupanya yang buat kita rasa pening nak muntah bila naik kereta api. 
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

4 suka ayam goreng:

sueada said...

saya pn baru tau.
saya ingatkan landasan keretapi yang hujung akan melengkung mcm separa bulatan.

Unknown said...

dah lama tahu...... he3...
dulu kan dah kuar kat majalah tiga.......he3

El Yana said...

@lurun namzar sama la kita. br je tau

El Yana said...

@Remy hazza mana la kita tgk sgt majalah tiga tu.

>
 
copyright by > Cikelyana