12 June 2012

Kenapa Zoo Negara ?

Salam. Alhamdulillah yana sudah berada dekat Lipis selepas 2 minggu cuti sekolah dan hari ini tetiba tangan terasa gatal nak update belog...huh!. Malas betol yana nak update belog sekarang. Tapi kebelakangan ni memang yana rajin sangat menjenguk blog yang cantek. Jeles tau dengan blog korang. Memang yana dah lama tak edit blog. Wait and see ya. hehehe. 

Cuti sekolah hari tu yana ada dekat Bentong. So, akak yana pun ajak pergi zoo negara. Bukan main excited lagi yana. Kenapa zoo negara? Maklum la sebab tak pernah lagi pergi mana-mana zoo negara. Poyo je yana ni. Umur dah tua kerepot baru nak jejak kaki ke zoo negara. Budak yang umur 2 bulan pun dah datang sini tau. cesss!...hahaha.

Sebelum sampai zoo negara ni kitorang sesat kat tengah jalan sambil makan buah langsat dengan gembiranya...hahaha. Ni kerja abang ipar yana la yang tak tau jalan. But at least kitorang tetap gak sampai kat zoo ni even dah sesat lebih sejam dekat area KL. 

First2 sampai kena beli tiket dulu. Harga tiket dewasa RM 20 tak termasuk taman rama-rama dengan serangga kot. Kanak-kanak pula RM8. Tapi dinasihatkan korang pergi bawah sekolah lagi bagus sebab dia murah. Malas nak jalan so kitorang naik kereta ni. Lupa dah nama dia dan kena bayar RM2 seorang. Berbaloi gak sebab zoo sini memang besar dan jauh untuk jalan. padahal malas nak jalan kaki. ngee. 

ini la yang selalu duk tengok dekat tv kan

Binatang pertama yang yana tengok adalah zirafah. Gila comel binatang ni...hahaha. Dah la tinggi gila. Kalah bangunan KLCC kalau camni. Kitorang ada gak tengok harimau, singa, bagau, tapir, penguin, burung dan lain-lain la. Akak kita lagi tak bleh blah sebab nak datang sini semata-mata nak tengok ular...eeee geli lor...kita tak suka tengok ular 

zirafah yang mengalahkan ketinggian yana. huh!

sekumpulan bangau yang sedang berehat la konon

harimau yang garang grrrrr...

ini adalah singa yang pemalas...hahaha

first time tengok bangau yang berkaki panjang

leapord ni pun malas nak bergerak

tengok ikan tu...besar gila

Kitorang bernasib baik gak hari tu sebab petang tu ada animal show. Suka tengok penguin perfom. Setiap kali buat aksi penguin ini akan di beri makan. Binatang lain pun ada gak cam parrot dan bangau. 

penonton yang excited 

penonton yang ni lagi excited dari yana...hahaha

penguin tu boleh bersalam dengan manusia la

omeinya dia lompat

parrot yang gila duit...hahaha

Penat berjalan last sekali tertido dengan enaknya dalam kereta. Pesanan penaja jangan bawa budak ramai sangat nanti susah nak control...hahaha. Jahat punya mak sedara..kehkehkeh.

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

4 suka ayam goreng:

Mizz ErMa said...

wah, bestnya..sy da 2 tahun ++ kat sini tp xpenah p lagi kat zoo negara nih tau..sedih kan, T.T

El Yana said...

@Mizz ErMa ada masa nanti pergila...tak rugi pun..best la

Unknown said...

untung ler....dapat pi zoo........
remy last pergi zoo negara waktu umur 12 tahun jer......he3

El Yana said...

@Remy hazza untung lagi dia umur 12 thn dah pergi zoo

>
 
copyright by > Cikelyana