10 April 2012

Tips Cover Malu Bila Tersalah Tegur Orang

Salam. Pernah tak korang berada di tengah jalan. Pastu tetiba nampak kawan korang. Korang pun panggil la kawan korang dengan suara yang lantang macam nak gila. Pastu tetiba salah orang la pulak. Alamak! Mesti malu besar la kan. Mana nak tutup muka kita yang omei ni..hahaha. Meh cuba try cara kat bawah ni kot-kot boleh cover malu  

alamak! malunya saya

1. Teruskan menegur, Kalau dah memang kompem salah, korang reka je la cerita yang korang macam bebetul kenal dia sampai dia pun terlayan dengan korang..

2. Alang-alang dah silap tu, korang selamba je tegur benda yang ada kat sekeliling... dinding, siling, lantai atau apa saja sampai orang tu malas nak layan karenah korang.

3. Bila dah salah tegur orang tu korang terus berpura-pura tengah bercakap dalam handphone..

4. Menyamar jadi pegawai daerah ker, ketua kampung ker, AJK banci penduduk ker, atau apa-apa pekerjaan yang berurusan dengan orang.

5. Nak elak korang digelakkan, korang gelakkan diri korang siap-siap. Berpakej dgn guling golek-golek serta lelehan air mata sampai orang sekeliling tension dan melupakan insiden itu begitu saja.

6.Cakap je memang hobi korang tegur orang tak kenal, nak tambah kawan tapi pastikan alasan ini digunakan dengan orang yang berlainan jantina.

7. Mengaku sebagai saudara jauh yang tengah mencari waris pasal harta pusaka, nescaya diorang akan kenal korang serta mata tanpa ada paksaan...

Errr..yana kalau tersalah tegur orang memang yana cepat mintak maaf. Baik kan yana kan...hahaha..tak reti la nak cover malu ni. 
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

12 suka ayam goreng:

fatin amalina husna said...

perkataan maaf tu ayat spontan..x sempat nak cover dah..haha..

El Yana said...

itu adalah cara yang terbaik nak cover malu

Izz Faizah said...

hehehe..klakar lah..kalo izz, izz mntak maaf..spontan je trckp..tak smpat nk cover

Chik Nur Az said...

hahaha.. bestbest.. baru minggu lepas silap tegur orang .. terus buat sembang dgn dye :D

Miss Xyz said...

hakhak, prnh terkena... maluuu~

El Yana said...

@Izz Faizah alah bila dah salah kita mmg xdan nak cover dah

El Yana said...

@Chik Nur Az wahh! terror tol kalau dpt sembang..hahaha

El Yana said...

@Miss Xyz mesti muka merah padam..kan3

Syuhada Nasya said...

hahha betul jugak tu kaan hahah

mr.dinie said...

hahaha..kalo salah tegur 2 terus je lari..

remyhazza said...

remy pun selalu salah tegur org..... tapi yg pasti , org selalu salah tegur remy..... he3...slalu nya remy layan jer....
sebabnyer ramai kwn ckp... muka remy nie ade dua kat klia.... muka dan badan pun sama....
jadi tak heran kalau slalu org yg remy tak kenal dtg tegur..... he3

♥ Nana BamBam ♥ said...

huhuhu..control ayu je kalau terslaah tegur orang..

>
 
copyright by > Cikelyana