Salam. Alhamdulillah dah selamat sampai pulang ke Lipis semalam. Walaupun lambat tapi sampai gak akhirnya. Bila bertolak lambat memang confirm la akan sampai lambat sebab memang banyak lori semalam. Pastu nak menunggu lori naik bukit tu satu hal. Yana paling takot dengan lori balak. Selalu juga duk terbayang macam mana la kalau kayu balak ni jatuh atas keta..arghhh! scary gila.
Pagi semalam kita jalan-jalan masuk bandar dengan kawan kita, Nanee. Thanks bebanyak dekat Nanee sebab teman kita satu hari semalam semata-mata nak cari kain langsir untuk library sekolah. Puas duk cari kain yang murah sampaikan perut kitorang lapar. Kitorang memang tak sempat nak bersarapan pun pagi tu.
Inilah kedai yang kitorang makan
Puas duk fikir nak makan apa. Last-last keta yana parking dekat depan kedai makan Nasi Kak Wok. Apa tu? Korang mesti rasa pelik kan. Nasi apa la yang yana makan. Ok! Ni first time yana makan Nasi Kak Wok. Even yana ni nama je orang kelantan tapi bab-bab kesukaan orang ramai ni pun yana tak tahu. Nasik Kak Wok merupakan nasi bungkus nombor satu Kelantan dari segi populariti dan kualiti rasanya. Kekuatan utama adalah gulai ayam tradisional Kelantan yang memukau dan sambal lada yang teristimewa.
Nak makan lagi..huhuhu...kebulur la pulak ni
"Nasi Kak Wok" Rakyat Kelantan memang sudah mengenali akan kesedapan nasi berlauk yang diasaskan oleh Allahyarhamah Kak Wok. Lokasi asal kedainya adalah terletak di Lundang, Kota Bharu (belakang KBMC). Allahyarhamah telah meninggal dunia pada 17 April 2011 (Al-Fatihah). Tempat yang yana makan semalam adalah dekat Kubang Kerian. Dekat dengan bangunan kedai kain Jakel.
Nasi ayam je pun tapi serius memang sangat sedap
Dah dapat makan terus melahap macam orang kebuluran. hahahaha. Tapi serius memang sedap. Dah la ayam dia banyak. Harga memang murah. Hanya RM3.50 sahaja. Bila dah habis makan rasa macam tak cukup la pulak. Nak tambah malu..hahaha..
7 suka ayam goreng:
Best! rindu nasi kak wok.. sedap!
@ainwaheeda masak la sendiri..hehe
kna try jugak nasi nie. ramai kata sedap. :)
@lurun namzar try la...memang sdp la
cantik pulak presentation pic yg bwh tu...... menambat selera
@remyhazza cara nak tarik pelanggan..hahaha
sedaknyo nasi kakwok..tak pernah make lagi kat kedai dyo..
salam kenal yana.:)
Post a Comment