18 February 2012

Jujur, Saya Sangat Kenyang

Salam. Lambat la yana update belog hari ini. Sibuk punya pasal maka belog akan terabai buat sementara waktu. hahaha..begitu kejam sekali yana. Tajuk pun semacam je yana. Mentang-mentang la malam ni duk tengok citer Jujur Aku Dayus..so tajuk terus jadi ala-ala nak sama lak. Bukan rajin sangat yana nak tengok cerita cerekarama kat tv3 ni. 

Selalunya memang yana tak ada masa kalau balik umah ni. Kalau ada kat umah ni kejap-kejap je la. Selalunya akak memang ajak yana keluar pergi bandar la, pergi makan la dan yang paling best pergi shopping. Kalau tak ada duit akak tolong bayar. (oh!!!! sweetnya kan..hahaha). 

Alkisahnya semalam yana baru balik dari Lipis. So yang datang menjemputnya memang ramai. Ayah, akak, dan 3 orang anak sedara yana datang. Ingatkan nak tambah lagi penumpang kat dalam kereta tu. hehehe. Nasib baik la yana ni slim macam akak Ziana Zain...hohoho..

Sebelum balik Lipis tu yana memang dah makan Nasi Goreng. Lepas pukul 10 pagi yana makan Mee Goreng pulak. Lepas tu berhenti dekat RnR Gua Musang makan lagi. Makan bihun tomyam sebab nasi tak ada kat kedai tu. Lepas sampai KB ayah bawa makan dekat kedai makan. Makan mee ladna tanpa sayur satu pun..hahaha. Malam pulak bedal nasi goreng USA yang adik yana punya. Pastu akak ajak keluar pergi pasar malam kat KB. Pergi sana lak makan laksa lemak kongsi dengan anak sedara. 

Inilah kanak-kanak ribena yang suka jalan-jalan termasuklah yang pakai baju oren..hehehe

Next day lak pagi-pagi dah makan nasi goreng yang akak yana buat. (ok yana memang tahu makan sahaja). Pastu pergi lak KB Mall pepagi memang dah tak buta lagi. Pastu perut bunyi makan waffer dengan aiskrim vanilla (coklat dah habis) sebab perut dah bunyi. Pastu singgah lagi dekat Secret Recipe. Makan kek Chocolate Indulgence dengan anak sedara sampai perut dah tak larat nak makan.

Muka kami semakin bulat macam bola

Kringgg! Kringgg! Kringgg! Dapat call dari akak. "cepat sikit nak pergi makan KFC ni". Oh! Peluang tidak seharusnya dilepaskan dengan begitu sahaja. hahaha. Makan lagi yana kat situ. Pastu dekat-dekat nak balik je akak nak belanja makan Nasi Ulam. Nasib baik tak sempat sebab anak sedara yana meragam la pulak. Eh! yana ni tau makan je kan. Maklum la selera semakin bertambah sejak jadi cikgu ni..hahaha. Makan pun makan juga tapi harus maintain slim..hahaha. 

~k baiii~ 
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

6 suka ayam goreng:

Unknown said...

layan jujur aku dayus jugak tadi.....
menarik cerita nyer....
ending baru tahu apa yg berlaku sebenarnya.....

El Yana said...

@remyhazza mesti tengok ni. jalan cter memula tu xbape nak best..berbelit-belit citer dia

Unknown said...

betul tu...tapi biler lama2 layan..... mcm best... nak tahu apa yg terjadi sebenarnya....byk persoalan....

| CIKZEK | said...

besttt cite tu kan :) hehehe sy yg bce entry ni pun kenyangggg :DD

El Yana said...

@remyhazza ok la..yana pown tgk memula mcm2 tuduhan yana buat..hahaha

El Yana said...

@♥ Cik Zack ♥ amboiii..boleh kenyang bc entri yana..hohoho

>
 
copyright by > Cikelyana