23 December 2011

Kita Lulus..Alhamdulillah

Salam. Alhamdulillah. Tiada apa yang mampu dilafazkan. Bersyukur sangat sebab kita LULUS dalam penilaian kursus induksi a.k.a KISSM bukan KISS ME yer. hehehe. Kedua-duanya kita lulus untuk kursus ni  iaitu untuk ujian akhir kursus dan penilaian sepanjang kursus. 

See..result yana hanya ada LULUS sahaja. Tak ada CEMERLANG. ngeee T____T

Masa kursus hari tu bukan main takutnya nak lulus memandangkan ujian dia ni sangat payah. Pastu lecturer pun cakap kursus ni bukan senang untuk kamu lulus. Bayangkan dengan buku-buku penjawat awam yang kami kena baca sampaikan rasa nak termuntah darah pun ada. errrr....

tak muntah pun sebenarnya....saja action 

Tahniah juga untuk kawan-kawan kita yang lain sebab lulus. Ceh! Yana kan kalau tulis macam mengalahkan orang yang nak ambil exam PMR la semalam. hahaha. Tak kira ar sebab exam kita pun sama penting dengan exam PMR. Bayangkan kalau gagal macam mana? Dah la kursus ini sampai tahun ni saja. Tahun depan format baru.

Nak repeat memang susah la. 

Tapi alhamdulillah yana bersyukur sangat sebab dah lulus. Inilah yang dikatakan dengan rezeki Allah ada kat mana-mana. Pesanan untuk adik-adik yang ambil result PMR semalam. Yang kurang cemerlang dalam PMR jangan cepat berputus asa. Tumpukan perhatian untuk SPM lak. Harap-harap untuk interview hari tu pun yana lulus. Aminn...

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka
>
 
copyright by > Cikelyana