26 December 2011

Kita Berbeza

Salam dan selamat pagi. Errr rasanya dah tengah hari dah kowt. Ape pe je la. Hari ini tugas yana macam biasa. Jadi driver adik dan hantar dia kat tempat memandu. Adik kita nak ambil lesen motor. Dia dah dapat lesen L tapi tak nak bawak motor lagi. Malu la konon baru dapat lesen L. Eleh! padahal nak suruh akak dia jadi driver dia. Macam la kita tak tahu taktik dia..hahaha. 

Semalam, kita beli roti canai. Makan 4 orang. Tahu tak? Sebenarnya benda yang kita kongsi bersama adalah benda yang paling manis kita rasa tau. Tak percaya cubalah sendiri. Roti canai tadi kami kongsi ngan ayah, adik, akak. Dalam hati kita cakap, ini adalah makanan yang paling best kat dunia bila kita kongsi makan dengan orang yang kita sayang. 

Tengah-tengah duk makan kitorang berebut nak tengok tv lak. Dengan terkejutnya kita bila ayah tengok pertandingan VOKAL. whattt! macam tak percaya je ayah tengok rancangan realiti tv ni. Dulu bukan main lagi ayah cakap "tengok orang duk menyanyi macam tak ada faedah" . See, now ayah sendiri tengok. Kononnya kata sebab dah final nak tengok la sape yang menang. kita pun cakap dalam hati...errr ayah ni dah buang tabiat agaknya. 

Dah la VOKAL tu habis 10.30. Habis la citer Fantaghiro yana tak leh nak tengok. Ini tak leh jadi ni. Bila iklan je kita tukar stesyen lain. Haha. Ayah siap kutuk lagi kata "citer mengarut macam tu pun nak tengok". Ayah kita mana nak layan citer mengarut macam Fantaghiro. 

Orang lama dengan orang baru macam kita ni memang berbeza. kan kan. Orang macam kita ni la duk tengok citer mengarut macam tu..haha. Sebab tu filem sekarang lebih banyak citer fantasi sebab orang macam kita suka tengok citer yang tak logik. Adik ngan akak kita pun suka gak. Dah habis citer Fantaghiro kitorang sambung tengok citer MERLIN. Haaa..kan dah mengarut lagi banyak kan ni..

pinky note : tahniah ASMIDAR sebab menang pertandingan VOKAL semalam. 50 ribu banyak wooo!
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

5 suka ayam goreng:

remyhazza said...

duduk2 bersama keluarga memang membahagiakan....

El Yana said...

@remyhazza btoi..

Ezzanna said...

hehe..cumil kekatun tu..

Ezzanna said...

jgn lupe follow kte ye..budak baru nak blajar wat blog..:)
ezzanna.blogspot.com

El Yana said...

@Ezzanna thanks..hehe..biasa je

>
 
copyright by > Cikelyana