05 November 2011

Tak Dapat Balik Raya

Alamak esok dah raya. Sedihnya yana. Tahun ni buat pertama kali dalam sejarah Tamadun Dunia yana tak dapat balik raya aidiladha di kampung. First time kena raya diperantauan. Tu la yana suruh beli tiket awal-awal hari itu tak mau. uwaaaa..sob sob sob. Bukan tak nak beli tapi dah habis lor. Dah la nak exam. Last-last cancel tak nak balik raya. Sedih gila. Tak pernah beraya kat perantauan. 

gambar raya aidilfitri hari tu

Nak study pun dah tak ada mood. Baru baca satu bab. Ada lagi berebad-rebad. Mood nak balik raya kat kampung je. Nak makan sup daging yang akak kita buat. Nak makan kuih raya yang akak kita gak beli. Nak makan daging qurban banyak-banyak sampai naik pening. Aaarrrgghhh! itu semua hanya khalayan di siang hari. Dah la nak balik kampung lambat lagi. Tunggu sebulan lagi mesti dah abes raya dah. Daging korban pun dah habis. 

Syahdunya dengar takbir raya dah bergema kat kampus yana. Lagi sedih..wuwuwu..shreeet, sambil kesat hingus. Kita telepon umah tadi tak ada orang. Mana la diorang semua pergi. Dah tak ingat yana kat perantaun ke ni. wuwuwu. Apa pun ini dugaan raya qurban tahun ni. Berkorban sebab nak exam.


Dikesempatan ini yana memohon maaf sekiranya terkasar bahasa, terkasar menulis, terkasar perbuatan, terkasar over sesangat. Harap dimaafkan dan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Tau la traffic jam. Sabar la cikit tau. 

~ k baiiii ~
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

6 suka ayam goreng:

izamin said...

ala sabar yea sis :) thun depan kan ad lagi.. fizah balik kg pon esok pagi.. huhu.. kesian kan

Anonymous said...

xpe , xdpt balik raya , leh raya nan kite . hehe

El Yana said...

@izamin: at least fizah pun balik walaupn di pg raya T_____T

El Yana said...

@ryzna sha: huhu..

NadyaBubble said...

selamat hari raya, kak :)
takmau sedih-sedih lah.

El Yana said...

@NadyaBubble: slmt hari raya gak

>
 
copyright by > Cikelyana