19 June 2011

Mari Membuat Teknik Tiupan

Hoi Hoi 

Sudah lama menyepi tentang aktiviti seni
Ok kali ni benda yang simple dan mudah

Rasanya semua orang dah tau pasal teknik tiupan
Cuma guna watercolor atau poster colour je
Kita cairkan sikit dengan air
Pastu tiup menggunakan straw 
Mudah aje kan

Contoh bahan-bahan yang boleh digunakan oleh 
murid-murid SK Bukit Tinggi, Kepala Batas







sebelum tu mari kita tengok apa yang dimaksudkan
dengan teknik tiupan ni

Teknik tiupan ni merupakan salah satu
daripada cara untuk menghasilkan corak tidak terancang 
dengan hanya meniup warna dengan menggunakan
straw






Contoh hasil yang kita dapat adalah sangat menarik
dan sesuaikan dengan pelbagai jenis warna dan 
teknik tiupan untuk mendapatkan hasil yang sangat kreatif






Menarik kan aktiviti ni
Ok untuk pengetahuan semua 

Pastikan warna cair bagi memudahkan proses 
untuk meniup

Bagi mengelakkan pakaian kotor dan terkena warna
disarankan untuk memakai apron..nampak kemas sikit

Aktiviti ini juga boleh menyebabkan murid berasa pening
ketika meniup
Jadi berehat lah sebentar..hehe..




Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

3 suka ayam goreng:

ade2mama said...

igt zaman tadika dlu:)

Anonymous said...

Kenangan masa sekolah rendah hehe

farah said...

mohon kebenaran nk gunakan gmbar boleh?

>
 
copyright by > Cikelyana