19 October 2016

Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan

Assalamualaikum !

Sementara si Thaqif ni tido boleh la nak update sikit blog . Nah nak cerita pergi kuantan 2 bulan lepas (kihkih sila jangan gelak) . I ni pergi la teman si Encik B pergi Kuantan . Katanya nak pergi main bola dengan member2 lama dia dekat Muadzam . Dia suruh cari hotel yang murah dan berbaloi untuk satu hari . So I pilih la Sri Manja . Kenapa pilih hotel ni sebabnya dah dua kali stay sini dan kawasan dia pun dekat dengan kedai makan dan tak sibuk dengan suasana bandar sangat la. Hotel ni area Bandar Indera Mahkota.

Masa booking tu ada la I ni pergi web dia tengok2 harga bilik . Yana pilih bilik deluxe queen dengan harga RM108 sahaja termasuk breakfast untuk dua orang . Dia tak ada online booking kecuali you all guna agoda atau laman web lain. Yana call je untuk booking then bayar masa check-in nanti. Bila hari minggu kena surcharge tapi lupa pulak berapa tambah dengan deposit pun lupa juga (hahaha)

 muka gembira pergi kuantan . muahaha 

 bilik air yang bersih 

 tandas pun bersih 

 bilik dia kecil sikit

tv pun tak banyak channel

sebelah pintu masuk tu tandasnya

So far stay 2D1N rasanya berbaloi la cuma kalau bilik ni memang kecik dan muat-muat untuk solat je kat depan. Aircond dia pun sejuk dan bilik pun bersih . Sarapan pagi pun tak banyak pilihan . Kalau bangun lambat memang habis la jawabnya. Wifi masa memula je laju lepas tu tak dapat langsung. So yana bagi 3 bintang je untuk hotel ni. Kalau you all nak booking boleh contact no ni 09-571622 atau pergi je dekat fb Sri Manja Boutique Hotel atau laman web Sri Manja Hotel . Hotel ni pun ada pool tapi tak pergi jenguk pun hahaha. K baii.

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

0 suka ayam goreng:

>
 
copyright by > Cikelyana