13 October 2014

Opi King of Cat Temerloh 2014

Assalamualaikum !

Ingat lagi tentang opi kami yang suka tido. hihi. Semalam En. B bawak pergi masuk Pertandingan Kucing Cantik di Temerloh. Dua ekor kucing kesayangan mummy telah masuk bertanding tau. Bosca dan Opi je yang masuk manakala Rara tinggal je sengsorang kat umah. Kesian Rara mula la nak meow sana sini bila tak ada orang. 

nama saya opi . saya bujang lagi 

bosca yang kekurangan zat lagi

Rara yang paling buas

En. B tak expect pun nak menang ke hape. Sekadar menyertai sahaja sebab ni pun first time bawa dua ekor tu masuk bertanding. Dah la opi kalah dalam likers terbanyak dekat facebook. Menci tau tak dapat banyak like sebab orang lain duk beriya sangat duk like kucing diorang padahal tak lawa mana kucing dia.hahaha. kurang ajar noo. hehehe. 

Bila bukak facebook tengok-tengok keluar gambar opi yang diumumkan pemenang King of Cat Temerloh 2014. Bangga betol mummy dia. hahaha. Siap shared lagi dekat facebook. Pastu bila En, B call gtau opi menang kita buat-buat la terkejut. hahaha. jahat betol. Opi menang jugak untuk kategori adult long hair dan Bosca dapat tempat 7. Ok la kan sebab Bosca pun tak sihat lagi. 

good job opi

eh! kita ker yang menang?

Lepas tu opi jadi femes tetiba. hahaha. Mana taknya dia la kucing yang paling besar kat situ sampaikan semua orang nak pinjam opi untuk tangkap gambar. Kerlass kau opi jadi retis satu hari. Pastu dapat pula hadiah yang mahal-mahal. Mummy sediri pun tak mampu nak beli. Rezeki opi la kot kali ni. 

kita dah letih jadi retis so kita nak tido dulu

Lepas ni makin gemok la opi dapat makanan yang mahal-mahal. Save bajet En. B untuk bulan ni. Rara pula tumpang tuah dapat cage baru hadiah dari opi. kehkeh. Untung la Rara ye. 

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

2 suka ayam goreng:

>
 
copyright by > Cikelyana