03 January 2014

Throwback 2013

Assalamualaikum !

Malu sebenarnya nak update sebab dah lama gila tak update belog kesayangan kita . Orang pun dah tak kenal dah kita. Wei sape ek ko. Aku kenal ker. Wah gitu yer. Tu la banyak sangat benda yang berlaku even kita sendiri pun tak sempat nak update. Kita nak throwback event yang dah berlaku zaman 2013. 

# dah ada kereta fevret 

Actually kita tak ada la mengidam sangat nak keta ni. Dulu masa mula kerja nak cari keta biasa-biasa je tetapi tak tahu kenapa taste kita ni jenis taste luar negara. adoi kau berlagak kemain. Bukan main awal lagi pergi booking dengan pakcik Honda. Last-last bayar hujung tahun dapat la harga promotion hampir 50 percent untuk bayaran muka. Jimat okeh!. Kita tak guna lagi keta kita sebab nak bagi ayah merasa dulu keta kita. Dekat 3 bulan lepas tu baru kita bawak keta kita.

keta kesayangan kita dibeli dengan duit sendiri. sila angkat bakul sendirik yana. hikhik

# master student 

Kita dah bagitau dulu kita ada apply untuk futher study. Lepas tu kita dapat dan sekarang dah jadi part-time student dekat UPSI. Kena sambung belajar selama 2 tahun dan sekarang baru je habis semester satu. Baru-baru ni kita ada exam satu paper tapi kita tersangat-sangat risau takut tak lulus. Mahu kau menangis tak berlagu situ. huhuhu

# baby girl hafiya 

Pendatang baru dalam arena family kitorang. Suka sangat nak berdukung dan nak duduk atas riba kitorang dengan alasan tak nak duduk dibawah. Adoi patot la atuk tak larat nak layan. Nasib baik mak sedara dia yang baik hati suka jugak nak melayan budak ni yang membuat oyien jeles gitu. 

menggunakan kamera dlsr nikon. baru nak belajar pasal dlsr

# engaged

eh! bila pulak bertunang ni. Tak bagitau pun. Bagi yana tak perlu nak heboh-heboh yang kita dah bertunang sebabnya belum tentu lagi jadi kan. Hanya best friend je kitorang gtau. Lepas tu majlis buat kecik-kecik je.

guna kamera capa ayam memang macam ni

# married 

rasa baru je budak lepas SPM. Now dah jadi bini orang pun. Kawen dengan orang yang kita suka memang menjadi impian. Skema tol ayat kita. hikhik. Nati kita update pasal kawen erk. Kita buat entri khas untuk bride to be yang bakal melangsungkan perkahwinan nanti. 

cantik kan warna hijau ni

# percutian ke Krabi

lepas kawen of cos la kena gi honeymoon. Percutian ke Krabi ni semua yana handle. Tak ambil pakej mana-mana pun. Kitorang travel sendiri. Yang ni pun kena buat entri khas jugak. 

phi phi island, krabi

# universal studio singapore

lepas balik kelas dekat UPSI terus pergi Singapore. Mother-in-law (MIL) ajak pergi sana kononnya nak survey untuk adik ipar pergi tahun depan. So pergi la kami ke sana tanpa menukarkan duit dollar singapore. huhu. Nati kita story ek.

bangga dapat posing depan ni

# 25 

Yeay! Baru sahaja meningkatkan umur menjadi angka 25 pada 7 Disember lepas. Bila masuk tahun baru rasa macam ala sekejapnya umur kita dah meningkat. huhuhu. Dah befday kita orang tu lupa. Tapi dia beli kan kita kasut sukan sebagai ganti yang mengotakan janji yang bertahun-tahun dia lupa. huh! By the way tq En. B 

akhirnya jumpa warna ni setelah 6 bulan mencari 

Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan selamat tahun baru. Semoga tahun ini membawa sinar kegembiraan buat anda. K bye!
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

1 suka ayam goreng:

Ainun Nadini said...

sy tag dlm GA ni :)

http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2014/01/simple-giveaway-by-batrisyia-delaila.html

>
 
copyright by > Cikelyana