19 June 2012

Selamat Pengantin Baru Fatonah

Assalamualaikum !

Alhamdulillah. Seorang lagi best friend yana sudah menamatkan zaman bujangnya pada cuti 6 Jun 2012. Ini lah best friend yana dari zaman sekolah lagi. Dulu kita ingatkan dia nak kahwin dengan pakwe dia yang tu tapi tup-tup kahwin dengan orang lain lak. Jodoh la katakan. 

memperkenalkan pengantin pompuan

Memula kita rasa macam tak percaya je bila dia kata dia nak kawen. Kita ingatkan main-main je. Rupanya betol la dia nak kawen. Baru je tahun lepas dia bertunang. Masa dia bertunang dulu kita punya la tak tau. Dia mesej kat yana cakap suruh pergi umah dia. Yana dengan muka yang memang macam cempedak pun pergi la dengan baju t-shirtnya. Pergh...dia bertunang rupanya. Malu gila time tu...hahaha. Tapi memang sengal la..hahaha. Nasib baik tak da jejaka-jejaka hensem kat situ. Maunya jatuh air muka kita ni. huh! 

Muka kita pun nak mencapak gak kat situ

Fatonah ni memang baik orangnya. Antara geng kitorang dia adalah orang yang sukar untuk marah. Yana ni dah la jenis temperature tinggi. Tak kena sikit mula nak naik angin. Tapi Fatonah ni cool je orangya. Pastu kan dia ni comel tau. Bila senyum omei sangat tau..huhuhu. 

Best friend kita sorang lagi. bakal cikgu, single lagi tau..nak ngorat meh nak kasi nombor fon..hahaha

Barang hantaran yang sempat kita snap

Masa pergi kenduri ni kita bawa ramai rakyat jelata. Sibuk je diorang nak ikut yana pergi kenduri kahwin. Akak, adik, anak sedara. Penuh satu kereta. Tapi kan kita nak cakap masakan diorang sangat sedap. Akak kita dengan muka tak malunya cakap "wei bungkus ar gulai dia..sedap ar". Mati hidup balik pun yana takkan buat macam tu..kahkahkah. Eeee tak nak la. Buat malu je. huh!

Nak jugak amik gambar dengan nephew kita yang tercinta, Syikin

Bakal pengantin tahun depan..hahaha

Apapun kita nak ucapkan tahniah buat kawan kita yang disayangi Fatonah dan Amilin. Semoga jodoh kalian berkekalan di dunia dan akhirat. Aminn...


Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

6 suka ayam goreng:

Syuhada Nasya said...

wahh,, awak bila lagi? hehhe

Remy hazza said...

tak sabar nak tunggu yana pulak lepas nie.....

a i m z said...

selamat pengantin baru! haha.
hee. tuan blog bila ag??

El Yana said...

@Syuhada Nasya eh! dia tnya kita lak. awak tu bila?

El Yana said...

@Remy hazza tunggu 10 thn lagi erk...hahaha

El Yana said...

@a i m z tuan blog masih mencari lagi...hahaha

>
 
copyright by > Cikelyana