05 June 2012

Kudaku Lari Gagah Berani

Salam. Lama sangat dah yana tak update blog. Maklum la last month banyak sangat program sampai ke petang dan malam terus tido. Seriously yana memang sangat letih sampaikan nak tengok facebook pun tak sempat. 

Cuti sekolah pun dah start. Yana memang tak melekat kat umah. Kebanyakkan yana duk kat Bentong dan Kemaman. Macam biasa jadi driver akak kita yang tersayang...huhu. Ok lupakan pasal cuti. Meh nak story pasal kuda. First time tengok kuda secara dekat dan first time naik kuda. Gila excited. hahaha. dah macam jakun da

pink colour gitu

kita pun heran la kenapa mata kuda dia tutup

Naik kereta kuda rasa macam naik motor lak. Best la sebab boleh naik kuda ni tapi ada rasa kecian gak. Kuda ni tak sakit ke menanggung muatan yang melebihi had ni. eleh yana ni dah naik baru nak fikir kesian lak. poyo je. Tapi bayaran untuk satu kereta kuda ni RM10 je. Murahkan..hehehe

ini la kuda yang yana naik

Pastu ajak lak anak sedara yana tunggang kuda. Pujuk punya pujuk tetap tak nak naik. Tak pe la yana naik sorang je la. Perghh!!! dalam hati punya la takot. hahahaha. Neves bukan main lagi. Kalau tak naik sekarang bila lagi la boleh naik kuda. Sampai tua kerepot pun tak dapat naik lagi. 

neves gila yana time ni

kuda ni nak mandi pantai la konon

Haaa..see. Best kan dapat naik kuda. Sekali seumur hidup...hahaha. 
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

4 suka ayam goreng:

LydSunshine said...

Yg naik kuda ni kat mana? Syok la naik kuda.

El Yana said...

@LydSunshine dekat bachok, kelantan

Remy hazza said...

remy langsung tak pernah naik.... dikuda kuda kan selalu ler.....

El Yana said...

@Remy hazza knp lak?

>
 
copyright by > Cikelyana