23 February 2012

Topeng Buah-Buahan

Salam. Lama tak update pasal aktiviti seni yana. Memandangkan sekarang yana hanya ajar satu kelas sahaja untuk seni dan selebihnya BI and Maths. Memang teringin nak buat aktiviti yang best tapi kena tengok skill budak lak. So yana buat untuk tahun 2. Memang kena bagi aktiviti yang mudah, senang dan cepat untuk disiapkan. 

Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan 
Tajuk : Topeng Buah-Buahan
Alat dan Bahan : Gunting, Pensil Warna dan Kertas 

Pagi tadi baru je yana ajar. Alatan dan bahan hanya bawa pensil warna dan gunting. So memula budak akan colour topeng. Yana bagi 3 jenis topeng buah-buahan yang berlainan. Buah epal, manggis dan strawberi. Gambar ni boleh download dekat internet je. Tanya en. google. 

budak ni paling cantik colour topeng

yang ni pun agak cantik gak la

Dah siap mewarna boleh gunting ikut shape buah-buahan tadi. Jangan lupa tebuk mata topeng sekali. Kalau nak pakai topeng ni kena tambah getah dan tebuk di hujung kiri dan kanan

Topeng Strawberi

Topeng Epal 

Topeng Manggis
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka
>
 
copyright by > Cikelyana