Salam semua. Alhamdulillah yana selamat sampai dengan jayanya dari Kota Bharu ke Kuala Lipis semalam. Dah la bertolak lambat. Sampai pun hampir pukul 10 malam. Mengantok tapi bukan yana yang drive. Akak yang satu rumah dengan yana yang bawak. Yana tukang sembang je la dalam kereta. ^_____^.
Tapi kan semalam banyak la accident yang berlaku kat tengah jalan. Paling seram bila yana nampak ada mayat kat tepi jalan. Ya Allah memang seram la tengok. Tak tahu berapa orang yang meninggal. Itu la bawa lagi laju-laju. Nak cepat sampai sampaikan nyawa pun melayang. (pesanan untuk diri sendiri yang selalu bawa kereta laju..hukhukhuk). Lepas ni taubat dah tak nak bawa laju-laju. Nak bawa 20km/j je. hahaha..ni kura-kura pun boleh potong ni. ^_______^
So, hari ini yana dah start mengajar. Pening kepala nak buat lesson plan semalam. Nak nangeh pun ada. ish yana ni kan tau nangeh je kejenya. huhuhu. Dah la kena ajar BI dengan Maths. Mati katak dibuatnya. Speaking pun tunggang langgang. hahahaha...
Yang paling yana suka adalah murid-murid yana. Kita suka dengar dia cakap Selamat Pagi Cikgu. Siap ada intonasi upin dan ipin lagi. Kelakar la. Mesti budak-budak ni terpengaruh dengan citer upin dan ipin lettew. Mengikut persepsi yana la..cewaahhh..budak-budak sini agak ok la walaupun kurang cerdik. Masih ada lagi rasa hormat pada cikgu.
kita pun nampak macam student jugak ^____^
Kerja yana dah start nak melambak sana-sini. Kena jadi cikgu media la, cikgu perpustakaan la, cikgu bola jaring (serius tak suka yang ni sebab yana memang fail kalau main bola jaring), cikgu pengakap la dan akan bertambah lagi dari semasa ke semasa. Mencabar lagi sebab yana asyik nak balik kampung je setiap minggu..ngeee ^______^.
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka
4 suka ayam goreng:
bestnye jadi cikgu :)
@هانيم إرشاد best tu best gak tp bnyk keje la
best nyer keje cikgu... mcm2 keje kena buat... takde lah static satu keje jer......
@remyhazza mmg la tp penat la. org luar ckp keje kami senang tp hakikatnya sgt susah sebenarnya
Post a Comment