11 February 2012

Bila Cik Ana Nak Balik?

Salam. Hoh! Bila masa pula yana dah tukar nak dari cikelyana jadi Cik Ana pulak ni. Mentang-mentang ada lagu M. Nasir tajuk Keroncong untuk Ana terus tukar jadi Cik Ana. Perasan seyhhh! Ini kerja my nephew la ni. Kejap-kejap panggil kita cik Ana. Pastu panggilan tu terus melekat kat sampai sekarang untuk anak sedara yana. Jangan panggil mak cik sudah. Nampak macam yana ni dah tua. 

Semalam call akak, call ayah pastu cakap ngan anak sedara. Duk borak-borak tu anak sedara yana yang nama Ikin tu tanya Kenapa Cik Ana tak balik? Bila Cik Ana nak balik? Amboi...banyak tanya betol la budak Ikin ni. Umur baru je 5 tahun tapi banyak cakap macam orang tua. Yana pun cakap la minggu ni tak boleh nak balik. Next week yana balik la. 

Ikin yang banyak cakap

Pastu siap pesan lagi nanti kita pergi KB Mall. Banyak cantik..hahaha. Katanya dah lama tak pergi. Akak pun kata nak tunggu yana balik dulu. Eleh! macam la yana tak tahu yang akak nak suh kita bawak kereta. Nak suh kita jadi driver tanpa gaji la tu. huh!. 

Eh, yana belum bagitau lagi kan yang muka anak sedara yana macam Cina pun ada. Macam Jepun pun ada. macam korea pun ada. Nasib baik tak ada macam India. hahaha. Tak mengaku anak sedara macam ni..hahaha. Seminggu tak balik rindu pulak dekat anak sedara kita baby Qaireen. Sekarang dah boleh merangkak dah. Cepat-cepat la jalan yer baby Qaireen. Nanti boleh rempit naik motor ngan Cik Ana. hahahaha. Tolol betol mak sedara. ^_____^

Qaireen yang macam budak chinese

Bila naik pasaraya je semua nak cubit-cubit pipi dia. Geram la konon. huh!

~ k baiiii ~

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

8 suka ayam goreng:

remyhazza said...

nie mesti waktu ngandung dulu rajin tgk crita korea.....
tapi memang tomei giler baby qaireen nie...

Noraim said...

comelnya ank saudara cik ana. ade mix ke?

El Yana said...

@remyhazza xada la. akak tak minat sgt tgk citer korea.

El Yana said...

@Noraim xtau la. tp akak yana mmg mcm chinese sket muka dia

Nur Zulaikha said...

comelnye..mcm cina sket2..ade cmpuran ke?

El Yana said...

@Nur Zulaikha xda pown

Akasyah Samarkhand said...

@El Yana ade la...cube tgk btol2

El Yana said...

@Akasyah Samarkhand ntahh la..yana pown tak tau ada ke tak..haha

>
 
copyright by > Cikelyana