26 January 2012

Encik Hospital Kerajaan

Salam. Yes! Akhirnya siap juga medical check up yana hari ini dengan bangganya..huhuhu..mana tak nya 2 hari baru nak siap. Ingatkan pergi hospital semalam dapat siap terus. Cess..rupa-rupanya kena tunggu result untuk test air kencing. Ok tak pe la boleh pergi ambil keesokan harinya. 

So, hari ini dengan malasnya kita nak bangun pagi terus pergi Hospital Kemaman. Why hospital kerajaan ni? 1st kalau hospital kerajaan ni memang free. Yang ni yana tak kesah pun kalau free ke tak yang petim janji siap. 2nd sebab kerani sekolah yana nak hospital kerajaan. Kalau ikutkan hati memang nak pergi swasta. Malas nak menunggu la kalau hospital kerajaan ni. Bayangkan tadi yana kena tunggu hampir 3 jam baru dapat jumpa dengan doktor.

Dah ambil nombor tengok lak nombor yana. Nombor 44 dan nombor sekarang baru nombor 1. Hambik kau nak pergi sangat hospital kerajaan. Tak apa la. Tunggu je la lagipun lepas ni memang susah dah nak pergi hospital. Bayangkan yana duduk di Kuala Lipis dan jaraknya nak ke bandar 30km. Memang susah la nak pergi sebab yana hanya ada motor je. Kesiankan..sob..sob..sob. Dah la jalan dia kiri kanan hutan. Serammm seyhhh...

Dah tunggu 3 jam baru boleh masuk jumpa doktor. Tak sampai 5 minit dah siap. Ish..tak berbaloi gila kalau tunggu 3 jam kalau cuma nak check tak sampai 5 minit. Kalaulah yana bos kat situ yana buka kaunter lain untuk orang yang buat medical check up ni. Kitorang ni bukan sakit pun. Tak payah la nak tunggu berejam-rejam kat situ. Ecehhh! Cakap besar lor yana ni..hahaha. 

Dah balik dari hospital yana ingat nak cari bank BSN dengan Pejabat Pos. 3, 4 kali yana pusing masuk jalan yang sama tetap tak jumpa-jumpa. Arghh!!! stress lor. Dah la perut lapar. Kedai makan mana tah yang sedap pun yana tak tahu. Susahkan kalau duk tempat orang. huhuhuhu...Yana memang tak larat dah nak cari terus balik umah akak. Balik je terus bedal nasi kerabu. Senang hati dan senang perut baru boleh update blog..hahaha..

bila perut kenyang maka muka kita akan senyum sampai ke telinga..err FAKTA atau AUTA ni??

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

4 suka ayam goreng:

♥ Cik Zack's ♥ said...

Hospital kerajaan mmg mcm tu -.- berejam2 kdg2 tu tggu kan. ksian yana. huhu len kali wat kt private ja sng :)

El Yana said...

@♥ Cik Zack's ♥ tp kerani sekolah nak yg kerajaan punya..kalau x mmg amik yg swasta dah

remyhazza said...

hospital kerajaan... camtu lah...
byk system yg kena betulkan.....

El Yana said...

@remyhazza haha...kita yg tak btol sbnrnya..hospital mmg btol

>
 
copyright by > Cikelyana