21 October 2011

Hi-Tea

Menaip entri dengan perasaan yang sangat mengantuk dan penat. Satu hari tak buka blog rasa macam bertahun-tahun lamanya tak hapdate. Yana sangat penat hari ini and now yana masih tak tidur lagi semata-mata nak hapdate blog..kehkehkeh. 

Petang tadi ada hi-tea kat hotel bersama lecturer yang mengajar sempena menyambut majlis perpisahan student semester 8 yang akan berkubur tidak lama. Ok yana sangat lapar petang tadi pastu makan sampai tak hingat dunia dan bila balik je asrama terus sakit perut. Tak tahu kenapa dan tiba-tiba tak tahan sangat sakit perut yana tertidur dengan sendirinya. Mungkin tersalah makan la kot, nak-nak makan laicikang yang memang yana tak pernah sentuh sebelum ini. Bila makan terus perut masuk angin. nah pada muka.

geng table kitorang sebelum melantak makanan

wuwuwu..kita dapat anugerah kualiti makanan terbaik..haha

cenederahati untuk lecturer

perut sakit tak larat nak senyum ngan ija

roomate tersayang..comel kan


Malam lak yana kena kemas bilik. esok nak balik kampung. yahoooo!. Sangat teruja sebab dah lama tak balik tapi barang-barang kena kemas gak. Ok yana cakap barang yana kalau datang satu lori belum tentu lagi muat. Macam baru balik dari negara Europe la konon. kahkahkah. Harap-harap pakcik bas tak marah yana bawa balik barang macam orang pindah rumah. 

Malam nanti ada dinner lak..takot la pulak diorang prepare aktiviti kena kan orang..haisshhh yana ni dah la xfamos tapi memang confirm akan kena sebab selalunya memang yana akan terkena. Minta-mintak jangan

Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

0 suka ayam goreng:

>
 
copyright by > Cikelyana