09 September 2011

Cinta Ditolak?


Gadis : Saya dah lama sukakan awak
Lelaki : Saya pun suka awak
Gadis : Saya nak awak jadi yang teristimewa dihati saya.
Lelaki : Maaf. Saya sudah berpunya. 
Gadis : Saya tak boleh jadi nombor dua ker?
Lelaki : Saya hanya setia pada seorang sahaja. Kita hanya boleh jadi kawan baik sahaja.

Cinta ditolak oleh seseorang memang pedih untuk diterima. Berkawan selama bertahun-tahun akhirnya putus sahaja. Sudah tahu si dia sudah berpunya mengapa didambakan lagi. Si dia hanya setia pada yang satu. Mengapa masih mengharapkan si dia untuk menjadi pilihan hati? 

Bukan itu yang menjadi persoalan. Kerana si dia seorang yang setialah yang menyebabkan dirimu menyukai si dia. Kerana sikapnya yang baik hati dan tidak pernah menyakiti hatimu membuatkan dirimu tertawan dengannya. Tiada lagi lelaki lain yang sebaik-baik dirinya. Hanya satu dalam sejuta jika diibaratkan. Tetapi si dia sudah berpunya. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi, berhentilah menyukai si dia kerana si dia sudah mempunyai kekasih hati

Jangan Bersedih 
Sekali ditolak, tidak bermakna cintamu akan ditolak lagi. Perjalanan hidup kamu masih lagi panjang. Jangan mengharapkan kepada si dia yang tidak sudi. Jangan melakukan perkara yang bodoh yang menyebabkan kamu menyesal seumur hidup. Binalah kehidupan yang baru. Berkawan dan carilah kawan yang dapat menghiburkan hati dan seterusnya dapat melupakan si dia. Masih ramai lagi yang menunggumu di luar sana. Bukalah hati kamu kepada mereka yang masih sudi. 

Jangan Menyalahkan Diri Sendiri
Jangan kamu menyalahkah diri sendiri jika tidak dapat menawan hati si dia. Jangan membandingkan dirimu dangan buah hati si dia. Jangan membezakan kecantikan yang ada pada dirimu dengan kekasih hati si dia. Berhentilah menyalahkan kekurangan diri dengan buah hati si dia. Tidakkah itu perkara akan menyebabkan kamu berasa sedih. Tidakkah itu akan menyebabkan kamu beremosi, tertekan, dan lebih buruk lagi kamu mengambil tindakan untuk mencederakan diri kamu. Berbanggalah dengan diri sendiri yang masih mempunyai teman rapat, keluarga, ibu bapa dan saudara-mara yang masih menyayangi dirimu. 

Hapuskan Kenangan Bersama Si Dia
Jangan kamu ingat perkara yang pernah membuatkan kamu teringat pada si dia. Jangan baca sms yang pernah dikirmkan oleh si dia, Jangan lihat barang-barang yang pernah dihadiahkan oleh si dia. Jangan mimpikan lagi si dia akan menjadi milikmu, Terimalah hakikat bahawa dia bukan jodohmu. Doakanlah yang terbaik untuk si dia bukannya mendoakan perkara buruk kepada si dia. Terimalah kenyataan.

Percaya Pada Diri  Sendiri
Sedarlah bahawa penolakan cintamu bukanlah berakhir segala-galanya. Percayalah pada diri sendiri bahawa penolakan ini menjadikan kamu lebih matang, lebih pengalaman dan lebih tabah untuk mengharungi kehidupan. Jangan biarkan dirimu dibelenggu dengan perasaan sakit hati terhadap si dia. Jangan menyimpan dendam di hati. Redhakanlah segala apa yang berlaku kerana ada hikmah disebaliknya. Percayalah bahawa kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik dari si dia.

Bergembiralah Dengan Kehidupan Kamu
Jangan dibayangi dengan kisah-kisah kamu yang menyedihkan. Pergilah bercuti atau kemana-mana tempat yang dapat mengembirakan hati kamu. Ajaklah kawan-kawan untuk berhibur bersama. Jangan hanya terperuk dirumah dan menguncikan diri dalam bilik. Jangan menghindarkan diri dari teman-teman yang pernah rapat dari kamu. 

coretan : belogcikelyana
Terima kasih sudi baca. Like kalau suka

5 suka ayam goreng:

Unknown said...

kalo kite dh bg taw laki 2 kite suke dy.. tp dy reject kite.. blh ke kite still kwn dgn dye?? just tnye sb bnde nie pna tjd kt kite.. pas kite bg taw dy kite suke dy.. tp dy reject kite trus xlyn dy.. walupon dy selalu msj kite

El Yana said...

nana : dah lama da citer ni

aimi : yana masih lagi berkawan tapi tak serapat dulu. kalau dia mesej pun yana xlayan sangat.

Unknown said...

susah nak lupekan orang yang kite suke ni..

Norhidayah said...

bukan jodoh. nak buat macamane la kan :]

Sayidah Nafisah Ruslan said...

ini sangat berguna tapi mengambil masa yang lama untuk melupakan.. hu2

>
 
copyright by > Cikelyana