Selalu la sms si dia setiap hari walaupun se 'busy' mana pun tugas korang kat luar. Sms korang boleh jadi pengubat rindu si dia. Zaman sekarang kan canggih. Korang boleh YM, skype, facebook dan macam-macam lagi. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..err betul ntah peribahasa ini.
2) Percaya kepada si dia bahawa si dia seorang yang setia
Kepercayaan sangat penting dalam sesebuah perhubungan. Kalau tiada kepercayaan, masing-masing akan mula CURANG. Percayalah kepada si dia sangat setia kepada pasangan dan jangan sesekali meragui kepercayaan si dia. Cinta jarak jauh akan menguji sejauhmana kepercayaan korang terhadap pasangan korang.
3) Jangan bergaduh
Dah la duk jauh, lepas tu hari-hari asyik gaduh je kerjanya. Call sekejap pastu mula lah nak marah-marah. Korang kalau bercinta jarak jauh jangan bergaduh ok. Dah la rindu tak jumpa si dia lepas tu call asyik gaduh je. Kan tak elok. Cuba cakap baik-baik.
4) Tunjukkan perhatian anda kepada si dia
Tunjukkan kepada si dia bahawa korang sangat ambil berat tentang si dia. Walaupun jauh di mata tapi dekat di hati. Kalau si dia sakit jangan lupa pesan suruh makan ubat. Kalau tak suruh si dia pergi hospital. Kalau ada masa korang pergilah melawat si dia. Buktikan bahawa cinta jarak jauh bukan penghalang bagi korang.
5) Jangan cepat buruk sangka
Jangan cepat melatah dan cepat marah bila si dia tak angkat call korang. Mungkin si dia sedang busy tak pun tengah mandi. Ni tidak tak angkat call sikit mula la fikir yang bukan-bukan. Kononya bergayut dengan perempuan lain. Tanya dulu si dia. Jangan cepat mentafsirkan apa yang korang tak tahu.
6) Jangan cepat termakan gosip kengkawan, siasat dulu
Ini pun satu. Ramai yang kengkawan duk gosip si dia dah ada buah hati lain kat sana. Jangan percaya bulat-bulat ok. Belum terbukti si dia dah ada orang lain. Siasat dulu gosip kawan-kawan. Jangan main percaya je. Tak semua gosip tu betul.
7) Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap
Carilah peluang untuk berjumpa dengan si dia walaupun sekejap. Bukannya susah pun nak bercinta jarak jauh. 30 minit pun jadilah nak tengok si dia. Luangkan masa di hujung minggu bersama si dia ok.
8) Jangan CURANG
Ini paling penting. Jangan curang walaupun si dia jauh di mata. Jangan jadikan ini peluang untuk korang main kayu tiga. INGAT jika korang curang dengan pasangan korang, tak mustahil pasangan korang berbuat perkara yang sama terhadap korang.
9) Jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta
Si dia jauh di sana. Maka korang mulalah berfikir cinta korang akan musnah kerana si dia mungkin akan lupakan korang. Jangan berperasangka buruk boleh tak. Jangan asyik berfikiran negatif. Be positive ok. Jangan cepat mengaku kalah.
10) Kalau Dah Jodoh Tak Kan Ke Mana
Kalau dah si dia tu jodoh korang, memang tak kemana pun. Si dia akan balik pada korang juga. Pergilah beribu batu pun, si dia memang tetap jodoh korang. Percayalah!
6 suka ayam goreng:
elie skrg sedang melalui cinta jarak jauh! :)
cinta jarak jauh agak berisiko. feeling boleh jadi kurang kuat..kalau permulaan memang dah dekat its ok, kalau dari awl memang jauh ermm susah susah. T-T
saya bercinta jarak jauh..
KL-Taiping!!
Alhamdulillah...semuanya ok.
Setiap hari sms,ym,kadang2 call..
Cinta jarak jauh ni,kena saling mempercayai dan setia.
~Nana 귀여운~ : depends la nana..xsemua org tu sama
Elie Lily : kesetiaan tu petim
*rainyscream* : mmg berisiko pun tapi nak wat cam ne
Cik RoSs : Alhamdulillah..betul tu
cinta jarak jauh sangat perit.
kawan saya macam ni. sorang dekat morocco, sorang lagi dekat jordon.. susah giler nak kontek tapi memang tabik dengan diorang sebab saling percaya dan setia :)
Nafisah Ruslan : Betul tu..kena saling percaya
Post a Comment